Pada hari Sabtu lepas, pelakon berusia 30 tahun itu dijemput sebagai selebriti jemputan di SHAPE Body Shop di kota Los Angeles, sebuah studio bernada fitness. Shay telah kongsikan pelbagai tips kesihatan beliau, termasuklah diet pilihannya, rahsia kecantikan serta rutin senaman harian beliau yang amat padat! “Yang paling penting di akhir hari ialah semuanya dilakukan pada kadar yang berpatutan”, kata rupawan itu. Beliau juga mengaku bahawa beliau gemar memesan makanan dari kamarnya!
“Ia [rutin senaman] sangat mustahak bagi mengeluarkan endorfin. Ia juga satu aktiviti yang bagus dilakukan bersama teman-teman”, katanya kepada E! News. “Saya kurang senang berlari diluar”, sambungnya dengan sinis. Pelakon ini juga bersenam walaupun sedang bercuti di luar negara. “Anda tidak perlu menjadi ahli gim atau ikuti kelas bersenam pun. Dengan hanya menggunakan tali [senam], anda boleh bersenam juga’!”
Pelakon tersebut turut berdedikasi akan rutin penjagaan wajah kulit yang sihat. Antara langkah rutinnya ialah beliau akan membuang segala persolekannya buat hari tersebut, dan basuh muka sebelum tidur di samping memakai mask dari jenama Bioré, yakni Self Heating One Minute Mask sekali seminggu. “Sesiapun boleh buat, tidak kira kepadatan jadual harian!”, tambahnya.
Beliau menggangap dirinya sebagai seorang junkie kecantikan dan sering memberi nasihat kepada teman lakonannya yang lain. Shay juga telah mengaplikasikan tips dari juru-jurusolek yang pernah menghias wajah uniknya itu.
“Jangan risau, saya akan menulis buku [tentang kecantikan], dan akan beritahu anda segalanya nanti.”