Ewan McGregor & Mary Elizabeth Winstead Timang Cahaya Mata Pertama – Glam Beauty Club
Mary Elizabeth Winstead & Ewan McGregor Timang Cahaya Mata Pertama

Ewan McGregor & Mary Elizabeth Winstead Timang Cahaya Mata Pertama

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Anak perempuan Ewan McGregor baru-baru ini mendedahkan bahawa bapanya selamat menimang anak pertama bersama bintang Fargo, Mary Elizabeth Winstead.

Clara McGregor mengumumkan berita itu menerusi satu hantaran di Instagram semalam.

“Selamat datang ke dunia adik lelakiku. Tahniah buat ayah dan Mary – ini merupakan hadiah yang tidak ternilai,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bintang The Birthday Cake itu berkongsi dua foto dirinya memangku bayi itu di riba dan merenungnya dengan penuh kasih sayang.  

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse