Lady Gaga Bakal Bintangi Sekuel Joker Sebagai Harley Quinn – Glam Beauty Club
Bayaran Lady Gaga & Joaquin Phoenix Untuk Joker: Folie à Deux Didedahkan

Lady Gaga Bakal Bintangi Sekuel Joker Sebagai Harley Quinn

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Filem Joker lakonan Joaquin Phoenix yang ditayangkan pada 2019 meraih pujian pengkritik filem dan berjaya menggondol beberapa anugerah.

Kini ia bakal kembali menerusi filem muzikal bersama Lady Gaga yang akan menggalas watak sebagai Harley Quinn, bekas pakar psikiatri Arkham Asylum yang sering muncul dalam kisah Batman sebagai cinta hati Joker.

Margot Robbie memegang peranan tersebut dalam filem Suicide Squad 2016 dan sekuel The Suicide Squad 2021. Ia juga merupakan watak utama dalam filem adi wira Birds Of Prey yang ditayangkan pada 2020.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse