O.T.A. Paris: Daripada Sushi Menjadi Sneakers? – Page 3 – Glam Beauty Club

O.T.A. Paris: Daripada Sushi Menjadi Sneakers?

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sansaho Maki Saumon edisi terhad

Kasut edisi terhad Sansaho Maki Saumon uniseks tidak dibuat sepenuhnya daripada salmon, tetapi ia mempunyai logo yang diperbuat daripada kulit salmon kitar semula. Ia satu cara untuk mengurangkan pembaziran tanpa perlu menggunakan bahan baru.

ota paris

Foto: O.T.A. Paris

Ditawarkan dalam pelbagai saiz, pada harga €145 (RM662). Dan yang pasti bukan jenama ini sahaja yang mengetengahkan langkah mengitar semula terutama sekali di dalam industri fesyen hari ini. Seperti Eugene Riconneaus, pereka dari Perancis, dia juga mencipta kasut yang diperbuat daripada bahan yang dikitar semula seperti net yang digunakan kala memancing, kulit-kulit kerang dan rumpai hijau.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh ke O.T.A. Paris.

 

Artikel seterusnya: Rothy’s Mengeluarkan Koleksi Tenis Daripada Botol Evian

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse