Use your ← → (arrow) keys to browse
10. Monica Barbaro
Tiada yang lebih klasik dan anggun daripada busana ikonik daripada Dior. Monica Barbaro kelihatan elegan dengan sut fiited waist Dior berona putih gading, dipadankan dengan skirt tulle hitam. Penampilannya yang mengingatkan busana ikonik Dior, telah disiapkan dengan elemen klasik seperti tali leher sutera hitam, sarung tangan kulit, kasut pam dan juga topi bot putih dengan butiran reben hitam. Broach Monete berlian dari Bulgari pula menambah sentuhan terakhir yang nyata mempersonakan. Ensembelnya dengan tema tahun ini, diselaraskan dengan cukup sempurna.