Koleksi Stitch x Montigo Edisi Terhad Untuk Peminat Filem Animasi Disney Ini
Bayangkan anda menikmati minuman kegemaran anda sambil memegang botol edisi khas koleksi Stitch Montigo yang comel dan eksklusif. Dihiasi dengan warna-warna tropika yang ceria dan aksesori peribadi yang unik, koleksi ini dicipta khas untuk membawa suasana percutian pulau terus ke tangan anda. Peminat filem animasi Disney Lilo & Stitch pasti menggilakannya!
Mulai 10 Jun hingga 7 Julai 2025, Montigo membawakan Stitch & Scrump Exclusive Set khas buat peminat Disney Stitch di Malaysia dan Singapura. Koleksi ini hanya boleh didapati di dua lokasi utama iaitu One Utama dan KLCC, menjadikannya antara item paling eksklusif yang pernah dilancarkan oleh Montigo bersama Disney.
Koleksi Stitch Montigo ini dicipta dengan penuh teliti dan penuh elemen ceria Stitch, setiap rekaan dalam koleksi ini menggabungkan fungsi harian dengan elemen fandom. Ia sesuai untuk mereka yang ingin tampil bergaya sambil mengekalkan sisi playful dalam kehidupan seharian.
Set Lengkap Eksklusif Stitch & Scrump
Dengan harga RM299 (SGD139), Stitch Montigo menawarkan satu set lengkap yang tidak dijual berasingan, mengandungi:
- Ace Bottle Mega: Dengan ukiran font Stitch eksklusif
- Non-slip Boot Mega
- Stitch Bottle Bag: Beg comel berinspirasikan Stitch
- Keychain Stitch: Aksesori tambahan yang menyerlahkan gaya
- Boot Charm Set: Untuk hiasan dan penyesuaian peribadi
- Kotak Hadiah Koleksi Stitch Montigo: Pembungkusan premium untuk unboxing yang istimewa
Setiap satu direka dengan aura ceria Stitch, menjadikan koleksi ini sesuatu yang lebih dari sekadar produk bekas minuman, ia adalah simbol gaya hidup.
Lokasi Boleh Dapatkan Koleksi Stitch Montigo
Hanya dua lokasi fizikal di Malaysia dipilih untuk pelancaran Stitch Montigo:
- One Utama
- KLCC
Set koleksi Stitch Montigo ini hanya tersedia di stor fizikal tersebut dan dalam kuantiti yang sangat terhad. Untuk pengalaman membeli-belah yang lengkap dan eksklusif, lawati meja pameran khas Montigo dan rakam momen Stitch anda untuk dikongsi di media sosial!
Sesi Unboxing Yang Fun & Instagrammable
Setiap item dalam koleksi Stitch Montigo menawarkan peluang untuk ekspresi peribadi. Anda boleh menggantung keychain Stitch pada botol, meletakkan botol dalam Stitch Bottle Bag, atau menghias botol anda dengan Boot Charm Set yang comel, semuanya memberi pengalaman unboxing yang menyeronokkan dan unik.
Produk Koleksi Stitch Montigo Lain
Selain set eksklusif Stitch & Scrump, terdapat juga produk lain dalam siri Stitch Montigo:
- Ace Bottle Mini
- Ace Bottle Medium
- Sense Coffee Cup Large: Eksklusif atas talian, dengan dua warna menarik: biru dan merah jambu
Kesemua produk koleksi Stitch Montigo direka untuk mereka yang mengutamakan fungsi tanpa mengorbankan gaya dan identiti peribadi.
Kongsi Momen Stitch Anda
Jangan lupa sertakan tanda pagar rasmi kempen ketika berkongsi pengalaman koleksi Stitch Montigo anda dengan #DisneyStitch #drinkyourway #getmontigo
Dengan gaya tropika, vibe santai, dan rekaan fun yang hanya Stitch mampu bawa, koleksi ini dijangka menjadi rebutan. Dapatkan sekarang sebelum kehabisan!
Artikel berkaitan: OiYO by Montigo Kini di 1 Utama: Play & Create, Belanja & Bergaya Seisi Keluarga