Daiyan Trisha & Phei Yong Bintang Kempen UNIQLO Timeless T – Glam Beauty Club

Daiyan Trisha & Phei Yong Bintang Kempen UNIQLO Timeless T

Dalam dunia fesyen yang sentiasa berubah, hanya sesetengah item fesyen yang kekal sebagai asas gaya universal dan T-shirt adalah salah satu daripadanya. Bersempena sambutan T-Shirt Day pada 21 Jun 2025, UNIQLO Malaysia memperkenalkan kempen terbaharunya, Timeless T, yang menampilkan dua figura fesyen tempatan popular, Daiyan Trisha dan Phei Yong.

Kempen ini mengetengahkan nilai kesederhanaan dan fungsi gaya yang praktikal, sejajar dengan falsafah LifeWear iaitu komitmen UNIQLO terhadap pakaian harian berkualiti tinggi yang meningkatkan kehidupan setiap pemakainya.

T-shirt Sebagai Simbol Gaya Ringkas Tapi Berpengaruh

Uniqlo Malaysia lancar kempen Core-Tee bersama Daiyan Trisha dan Phei Yong

Meskipun ringkas, T-shirt adalah kanvas fesyen yang tidak terbatas. Menerusi kempen ini, Daiyan Trisha menggayakan T-shirt bersama seluar denim potongan tinggi, menyerlahkan gaya klasik yang bersahaja namun feminin. Sementara itu, Phei Yong tampil dengan sentuhan street-style, memadankan T-shirt dengan seluar denim street-style staples untuk look yang cool dan sisi kasual sekaligus membuktikan T-shirt boleh dipelbagaikan mengikut personaliti dan gaya hidup.

UNIQLO Malaysia melalui kempen ini mengajak semua untuk melihat semula potensi T-shirt sebagai asas gaya yang versatil dan penuh ekspresi diri.

T-Shirt Collection UNIQLO Malaysia: Serbaguna & Premium

Koleksi T-Shirt UNIQLO Malaysia diperbuat daripada fabrik premium seperti AIRism Cotton, koleksi T-shirt Uniqlo Malaysia menawarkan pelbagai potongan termasuk regular fit, oversized, cropped dan relaxed cut. Setiap helaian direka dengan perincian teliti dan garis potongan yang bersih, memastikan keselesaan maksimum sepanjang hari sama ada untuk ke tempat kerja, bersantai di hujung minggu atau bergaya secara kasual.

Pilihan Terbaik Koleksi T-Shirt UNIQLO Malaysia Untuk Wanita:

AIRism Cotton Short Sleeve T-Shirt (RM59.90)

Mini Short Sleeve T-shirt (RM49.90)

AIRism Soft Cropped Short Sleeve T-Shirt (RM59.90)

AIRism Cotton Relaxed Long T-shirt (RM59.90)

 

Crew Neck Short Sleeve T-shirt (RM49.90)

 

Pilihan Terbaik Koleksi T-Shirt UNIQLO Malaysia Untuk Lelaki:

AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt (RM59.90)

Crew Neck Short Sleeve T-shirt (RM49.90)

AIRism Cotton Sleeveless T-shirt (RM49.90)

Dry Waffle Henley Neck T-Shirt (RM59.90)

 

AIRism Cotton Crew Neck T-shirt (RM49.90)

Setiap helaian T-shirt dari UNIQLO Malaysia direka untuk memberikan keselesaan maksimum sepanjang hari, sesuai dipakai ke tempat kerja, bersiar-siar mahupun bersantai pada hujung minggu.

Sertai #CelebratingTShirtDay Bersama UNIQLO Malaysia

Uniqlo Malaysia lancar kempen Core-Tee bersama Daiyan Trisha dan Phei Yong

Sebagai sebahagian daripada kempen global #CelebratingTShirtDay, UNIQLO Malaysia menyeru semua untuk menyemai semula cinta terhadap T-shirt, satu simbol universal gaya, keselesaan dan kebebasan diri. Sama ada anda memilih gaya minimalis atau eksentrik, koleksi ini mempunyai sesuatu untuk anda.

Tee up gaya anda hari ini dan DAPATKAN KOLEKSI T-SHIRT DI SINI atau di butik UNIQLO Malaysia berhampiran anda. Pilih T-shirt yang menepati gaya dan personaliti anda, dan bawa pulang sehelai gaya yang timeless.

Artikel berkaitan: Temu Bual Bersama Anya Hindmarch Buat Kolaborasi Bersama Uniqlo