GLAM It Girl: Tunku Rania
GLAM menampilkan It Girl untuk bulan ini, YM Tunku Affie Rania Tunku Fauzi yang merupakan personaliti yang mempamerkan keperibadian yang menarik melalui penglibatannya yang aktif dalam pelbagai bidang. Tunku Rania turut menunjukkan bakat dan minat yang mendalam dalam sektor kreatif.
Tunku Rania menumpukan perhatian khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan industri seni dan fesyen. Gadis ini aktif mencurahkan perhatian dan tenaganya dalam dunia seni visual yang menumpukan kepada aspek kreatif dan gaya hidup moden.
1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.
Passionate, driven dan ambitious.
2. Siapakah wanita yang memberi inspirasi kepada anda dalam industri dan mengapa?
Hanis Zalikha. Hanis adalah seorang wanita yang menggambarkan bahawa langit adalah hadnya. Dia boleh melakukan semua yang difikirkan. Hanis juga mengayuh basikal menunjukkan bahawa dia memilih kebebasan, merangkul kekuatan dan membuka laluannya sendiri. Semasa saya bermain bola sepak, menyelam dan sukan pengembaraan lain, saya rasa boleh berhubung dengannya dalam banyak cara. Dari usia mudanya sehingga keibuannya, Hanis Zalikha luar biasa dan unik dengan caranya sendiri.
3. Apakah prinsip yang anda pegang dalam kehidupan anda?
Adaptability. Saya kekal berfikiran terbuka dan fleksibel dengan apa jua perubahan yang berlaku. Saya hidup dengan prinsip yang mengatakan anda memilih apa sahaja yang anda tidak ubah.
4. Namakan salah satu trend fesyen kegemaran yang selalu anda gayakan?
Saya sentiasa gemar dengan gaya minimalis.
5. Any favorite purchase recently? If yes, what it is?
Buat masa ini, saya menyewa rumah sendiri. Memiliki ruang sendiri memberikan saya ketenangan dan kebebasan.
6. What’s next for Tunku Rania?
Menjadi versi diri saya yang lebih baik dan menolak diri saya sejauh yang mungkin. Saya ingin mengembangkan perniagaan saya, merancang untuk memperbaiki dan melabur dalam ilmu dan hartanah. Saya juga berniat untuk belajar bahasa baharu. Selain itu, saya berhasrat untuk bermain bola sepak bendera ke peringkat antarabangsa.