Cara Mudah Dapatkan Kulit Mulus Yang Sihat dan Berseri
Pernahkah anda rasa pelik apabila menggunakan produk mahal, tetapi kulit masih tidak nampak sebarang perubahan? Sebenarnya, masalahnya mungkin bukan pada produk yang anda gunakan, sebaliknya, kulit anda mungkin ‘tersumbat’ dengan kotoran, minyak dan sel kulit mati yang terperangkap di dalam liang pori. Macam rumah juga, jika lama ia tidak dibersihkan, habuk dan kotoran akan terkumpul biarpun luaran nampak seakan elok. Ini solusi kepada kulit mulus sihat dan segar berseri.
Setiap hari, kulit kita terdedah kepada pencemaran, minyak berlebihan dan bahan mekap yang kadang-kadang susah nak dibersihkan sepenuhnya. Kalau dibiarkan, semua ini boleh jadi punca utama kulit kusam, berjerawat dan liang pori semakin membesar. Sebab itulah kulit kita perlukan sesi pembersihan mendalam dari semasa ke semasa untuk ‘reset’ dan bersedia menyerap produk penjagaan kulit dengan lebih berkesan.
Kalau anda sedang cari jalan untuk medapatkan kulit mulus yang licin dan bersih, AsterSpring ada jawapannya. Memperkenalkan Dermal Purifying Treatment, rawatan terbaru yang direka khas untuk membantu membersihkan kulit secara menyeluruh sambil menenangkan kulit yang merengsa. Rawatan ini sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat dan pori tersumbat.
Pengalaman Rawatan Kulit Mulus Yang Menenangkan

Kredit foto: Freepik
Rawatan ini bermula dengan proses double cleansing dan pengelupasan untuk menanggalkan kotoran degil. Kemudian, ahli terapi akan melakukan proses extraction profesional dengan bantuan Dermalogica Multi Active Scaling Gel dan mesin Hi-Frequency yang berfungsi sebagai antiseptik dan membantu merawat kulit.
Seterusnya, kulit anda akan dimanjakan dengan kompres aromaterapi tea tree dan lavender untuk menenangkan kulit dan memberikan kesan anti-bakteria semula jadi. Urutan titik tekanan yang menenangkan turut disediakan untuk melegakan stres. Memang rasa lega dan segar selepas itu!
Kemudian, Niacinamide Ionactive Serum digunakan untuk membantu mengawal pengeluaran minyak berlebihan, mengecilkan pori dan merawat jerawat. Kulit anda kemudian dirawat dengan gabungan dua topeng muka iaitu Colloidal Masque dan Hydra Cool Revival Mask yang kaya dengan bahan pelembap seperti asid hyaluronik dan allantoin. Alat Thermodyn yang sejuk turut digunakan untuk membantu menenangkan kemerahan dan meningkatkan penyerapan produk ke dalam kulit.
Akhir sekali, kulit anda dilindungi dengan rangkaian produk penjagaan kulit seperti toner, serum, pelembap dan pelindung matahari. Sebagai sentuhan terakhir untuk kulit mulus, serum berwarna dengan tekstur ringan disapu untuk memberikan efek glowing dan tona kulit yang lebih sekata sesuai untuk mereka yang ingin keluar dengan kulit natural, tanpa mekap tebal.
Kelebihan Rawatan Dermal Purifying Treatment:
Antara kelebihan melakukan rawatan Dermal Purifying Treatment bersama AsterSpring untuk kulit mulus adalah seperti berikut:
-
Mengurangkan minyak berlebihan sehingga 62%
-
Mengurangkan pori tersumbat sebanyak 55%
-
Mengecilkan saiz liang pori sebanyak 29%
Siapa yang sesuai untuk melakukan rawatan ini demi kulit mulus?
-
Mereka yang mempunyai kulit berminyak dan mudah tersumbat
-
Mereka yang ada masalah jerawat dan kemerahan
-
Mereka yang kulitnya banyak sel mati
-
Mereka yang mempunyai liang pori besar
Tempoh Rawatan: 75 minit
Harga: RM378 (AsterSpring), RM408 (AsterSpring Signature)
Dengan pengalaman lebih 40 tahun dan sudah merawat lebih 10 juta wajah, AsterSpring sememangnya pakar dalam membantu anda mencapai kulit mulus yang sihat dan berseri. Kalau anda rasa sudah tiba masa untuk manjakan kulit, bolehlah cuba rawatan ini di cawangan AsterSpring seluruh Malaysia. Percayalah, kulit anda akan rasa jauh lebih segar dan ringan selepas rawatan ini yang pasti merealisasikan kulit mulus segar berseri!
Artikel berkaitan: GLAM Reviu: Manfaat Detoks Wajah Perlu Anda Tahu