RIMOWA Lancar Koleksi Bronze, Gaya Klasik & Warna Hangat
Dikenali dengan rekaan berstruktur aluminium dan ketahanan luar biasa, koleksi RIMOWA Original kini tampil dengan satu sentuhan baharu yang hangat dan berkarakter iaitu warna Bronze.
Bayangkan rona coklat keemasan yang berkilau lembut dalam cahaya, dengan lapisan halus warna jingga dan merah yang membangkitkan suasana hangat matahari terbenam. Warna ini bukan sekadar cantik malah ia membawa naratif. Seperti gangsa dalam dunia seni dan sejarah, beg bagasi ini melambangkan kekuatan, ketahanan, dan memori yang terpelihara.
3 gaya koleksi Bronze RIMOWA Original
Koleksi Bronze ini hadir dalam tiga saiz iaitu Cabin untuk gaya ringkas, Check-In L untuk perjalanan sederhana, dan Trunk Plus — saiz yang menepati keperluan mereka yang membawa dunia bersama. Tetapi keunikan sebenar terletak pada falsafah di sebalik ciptaannya.
Dihasilkan dengan teknologi anodisasi khas RIMOWA, setiap warna diserap terus ke dalam permukaan aluminium, menghasilkan kemasan sekata dan tahan lama, ibarat lapisan seni yang semakin indah ditelan waktu.
Seperti semua produk RIMOWA, beg bagasi Bronze ini dilengkapi tahap sistem teleskopik bebas, roda Multi-Wheel yang terkenal dengan kelancaran, dan kunci TSA untuk keselamatan global. Malah, setiap unit dilindungi oleh jaminan seumur hidup, lambang keyakinan jenama terhadap kejuruteraan buatan Jerman yang tulen.
Koleksi ini kini tersedia di butik RIMOWA seluruh Malaysia dan dalam talian di RIMOWA.com. Harga bermula dari RM6,800 untuk saiz Cabin, RM8,550 untuk Check-In L dan RM11,050 bagi Trunk Plus. RIMOWA Bronze bukan sekadar beg bagasi. Ia adalah lambang memori, cita rasa, dan perjalanan yang bermakna.