GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ringan
Dyson Supersonic r™ kini menjadi rebutan wanita kerana rekaannya cukup luar biasa dan dikategorikan sebagai pengering rambut paling ringan!
Apabila kali pertama GLAM mendengar berita Dyson bakal mengeluarkan pengering rambut baharu lebih ringan berbanding edisi terdahulu,ia kami tidak sabar untuk mencubanya. Dyson Supersonic r™ ini dikuasakan oleh teknologi ketumpatan kuasa baharu dan paling berkuasa. Rambut lebih licin dan berkilat!
Dyson memperkenalkan pengering rambut profesional baharu yang dikuasakan oleh teknologi ketumpatan kuasa baharu. Ia mempunyai teknologi pemanas yang diperkemas bersama motor Dyson Hyperdymium™, dan penderia Radio Frequency Identification (RFID) pintar dalam lampiran yang berkomunikasi dengan pengering rambut, secara automatik melaraskan motor dan pemanas untuk memberikan aliran udara dan suhu yang optimum. Pengering rambut Dyson Supersonic r™ merupakan pengering rambut Dyson yang paling berkuasa, namun paling ringan dan paling tepat setakat ini. 30% lebih kecil, 20% lebih ringan, dan lebih mudah dikendalikan berbanding pengering rambut Supersonic™ terdahulu. Pengeringannya lebih pantas, hasil yang lebih licin dan berkilat.
GLAM diberi peluang untuk mencuba set terkini Dyson Supersonic r™, memang benar apa yang dikatakan. Tidak lenguh tangan mudah diselaraskan dan jimat masa! Terutama bentuk lengkungan yang mudah mengeringkan di kawasan yang sukar dicapai.
Pengering rambut Dyson Supersonic r™ dalam Ceramic Pink dan Rose Gold boleh dibeli mulai 25 April 2025 pada harga runcit RM2,599 di butik Dyson dan www.dyson.my. Juga tersedia dalam Jasper Plum akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.