Rejuvenasi & Holistik: Pengalaman Eksklusif GBC Retreat – Page 2 – Glam Beauty Club

Rejuvenasi & Holistik: Pengalaman Eksklusif GBC Retreat

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Antara pengalaman atau aktiviti Retreat yang bakal menemui anda seperti :

  1. Yoga Flow & Meditasi Bunyi

Mulakan perjalanan anda dengan sesi yoga yang menenangkan, diikuti dengan meditasi bunyi yang membantu mencapai ketenangan dalaman. Aktiviti ini direka untuk membebaskan tekanan dan membuka minda kepada pengalaman baru.

  1. Sound Bath – Terapi Bunyi Penyembuhan

Rasai kekuatan penyembuhan melalui gelombang bunyi yang harmonis, membantu menyelaraskan chakra dan mengembalikan keseimbangan tenaga badan.

  1. Ice Bath

Beranikan diri dengan terapi sejuk yang terbukti meningkatkan metabolisme dan memberikan pancaran kulit yang sihat.

  1. Hair Styling Masterclass

Kuasai seni menggulung rambut dengan sempurna melalui panduan pakar yang akan mengajar teknik-teknik eksklusif untuk mendapatkan kerinting yang menawan secara peribadi.

  1. Aqua Fitness

Nikmati senaman air yang menyeronokkan sambil membakar kalori dan mengencangkan otot-otot badan.

  1. Manicure & Pedicure

Dimanjakan dengan rawatan kuku premium yang akan memberikan sentuhan akhir yang sempurna kepada penampilan anda.

  1. Pengalaman Onsen SPA

Rasai pengalaman spa Jepun yang autentik untuk relaksasi maksimum dan detoksifikasi kulit.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse