August 2025 - Glam Beauty Club
?>

Dalam kesibukan rutin harian, tubuh dan minda sering terlepas peluang untuk benar-benar berehat. Menyedari keperluan ini, GBC kembali dengan sesi kedua 'love wellness' di Urban Retreat Onsen Spa, Sunway 163 Mall minggu lalu. Acara eksklusif ini memberi peluang ahli GBC menikmati pengalaman mandi onsen sambil dimanjakan dengan rawatan spa yang dirancang khusus demi kesejahteraan diri.

Sejurus melangkah masuk, tetamu disambut dengan suasana ala spa Jepun yang mendamaikan dengan pencahayaan lembut, haruman aromaterapi yang menenangkan dan alunan muzik halus yang seakan membawa mereka jauh dari kesibukan kota. Suasana itu menjadi permulaan sempurna untuk para peserta menekan butang “pause” dan menyerahkan diri kepada pengalaman istimewa yang menanti.

Namun, acara ini bukan sekadar santai semata-mata. Ia turut mengingatkan bahawa self-care perlu menjadi amalan konsisten. Bagi sesi kali ini, setiap peserta diberi peluang merasai gabungan rawatan spa menyeluruh selama 60 minit yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing.

Baccarat Rouge 540 adalah simbol kekayaan! Kini tersedia dalam siri botol 250 edisi terhad sold out dalam masa singkat! Hanya boleh didapati di Pavilion KL dan Suria KLCC. Siapa yang tidak mengenali Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540, wangian ikonik lagi premium ini sememangnya tiada tandingan dan masih menduduki carta minyak wangi paling dicari saban tahun. GBC dikhabarkan melalui pengalaman mereka yang memilikinya, aroma tidak akan pernah dilupakan, buat mereka yang memakainya pengalaman itu berbeza seperti berada dalam kelompok golongan elit dan eksklusif. [caption id="attachment_248505" align="aligncenter" width="2560"]Baccarat Rouge 540 Eau de Parfum Baccarat Rouge 540 Eau de Parfum 200ml, bernilai RM2,810, 70ml RM1,420 dan 35ml RM900[/caption] Sebelum anda memilliki Baccarat Rouge 540, ayuh kenali lebih dekat keunikan pembuatan wangian ikonik dunia ini. Baccarat Rouge 540 adalah salah satunya wangian yang mahakarya lahir dari pertemuan dua dunia iaitu kecanggihan kristal Baccarat yang berusia 250 tahun dan kepakaran Maison Francis Kurkdjian yang tiada tandingan.

Waktu zaman emak kita dulu, pastinya anda pernah dengan ubat gigi Zaitun! Kini, kembalinya lagi ubat gigi lokal yang bakal buat anda tersenyum lebar. Habit menggosok gigi secara berkala adalah rutin wajib setiap individu. Sejak masa kecil atau sewaktu bayi, pasti ada rutin ini. Namun, jangan terkejut ada yang malas menggosok gigi… GBC risau kalau bercakap dengan individu ini takut terhidu bau halwa mulut...alamak! GBC yakin ahli GBC pasti terkecuali dari golongan seperti ini. Seperti saya, rutin menggosok gigi itu adalah momen untuk saya meraih ilham! Sambil gosok, sambil berfikir anak nak makan apa lunch atau dinner! GBC terkejut juga trend jenama ubat gigi lokal semakin mendapat tempat di hati penggemar jenama kesihatan atau kecantikan lokal. Ini jenama pilihan GBC.

1. BRUSH WITH GIGI

Pastinya anda pernah terlihat jenama ini di grocery store premium seperti Qra and BIG’s, pasti GIGI terjual di sini! Jenama ubat gigi ini dimiliki oleh pempengaruh digital, Asma Nasaruddin. Ubat GIGI ini diformulasikan untuk mencerah dan menguatkan gigi dan mengurangkan sensitif gigi. Paling laris Essential Toothpaste yang diperkayakan dengan minyak tea tree, minyak kelapa dara, ekstrak miswak yang dapat membersihkan kotoran pada permukaan gigi. GIGI

Dalam dunia yang serba sibuk, ruang untuk berehat dan kembali fokus kepada diri sendiri semakin bernilai. Inilah semangat di sebalik sesi pertama GBC Love Wellness yang berlangsung minggu lalu di lokasi eksklusif Sages KL. Acara ini menghimpunkan ahli-ahli GBC dalam sebuah pengalaman pemulihan diri yang unik, melalui pendekatan sound bath therapy yang dibimbing oleh fasilitator berpengalaman, Sheriza Fazleen.

Sheriza Fazleen, pengasas @surrenderandfeel, ialah seorang pengamal terapi tenaga yang mengkhusus dalam sound bath therapy, yang mana satu kaedah penyembuhan berasaskan getaran bunyi daripada instrumen seperti crystal singing bowls, chimes, dan gong. Beliau membimbing para peserta melalui sesi yang memberi penekanan kepada keseimbangan tenaga dalaman, pelepasan tekanan emosi dan pemulihan spiritual.

Kebanyakan daripada kita sudah memahami kepentingan menggunakan pelindung matahari pada wajah dan badan, tetapi satu kawasan yang sering diabaikan ialah bibir kita.

Bibir adalah antara bahagian yang paling terdedah dan sensitif pada wajah, namun ia kerap dilupakan dalam rutin perlindungan matahari harian. Berikut adalah sebab-sebab mengapa anda perlu memberi perhatian khusus kepada perlindungan UV untuk bibir anda.

Bibir Tidak Mempunyai Perlindungan Semula Jadi

Bibir kita mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis berbanding dengan bahagian lain pada wajah dan badan. Kulit bibir hampir tidak mengandungi melanin, pigmen semula jadi yang memberikan sedikit perlindungan terhadap sinaran UV. Selain itu, bibir juga tidak mempunyai kelenjar minyak yang boleh membantu mengekalkan kelembapan dan memberikan sedikit penghalang terhadap unsur-unsur luar. Kekurangan perlindungan semula jadi ini menjadikan bibir sangat terdedah kepada kerosakan akibat sinaran UV, termasuk terbakar, kekeringan, dan penuaan pramatang.