September 2025 - Page 2 of 2 - Glam Beauty Club
?>

Bangsar baru-baru ini menjadi lokasi istimewa apabila GBC Love Wellness menganjurkan acara eksklusif untuk siri ke-4 di salon COCOdry. Sejak melangkah masuk, ahli GBC disambut hangat oleh pasukan COCOdry dalam suasana mesra dan elegan. Acara ini memberi tumpuan utama kepada seni dandan rambut, bukan hanya sebagai rutin kecantikan harian, tetapi sebagai pengalaman yang dirangka dengan penuh inspirasi dan sentuhan eksklusif.

Sesi dandan rambut dalam acara ini ditampilkan sebagai lambang keyakinan dan ekspresi diri. Lebih daripada sekadar menggayakan penampilan, ia mencerminkan personaliti serta gaya hidup setiap individu. Ahli GBC yang hadir berpeluang memperdalam ilmu, mencuba teknik baharu dan bertukar pandangan, sambil menikmati suasana santai bersama komuniti yang berkongsi minat serupa.

Tahukah GBC, bulan September ini adalah bulan kesedaran PCOS. Jenama suplemen wanita, Moon Health anjur ruang untuk wanita berkongsi tentang segalanya perihal wanita. Jenama suplemen wanita tempatan ini melancarkan siri aktivasi istimewa pada bulan September untuk memberi pendedahan atau kesedaran wanita  tentang gangguan hormon yang mempengaruhi 1 daripada 10 wanita di seluruh dunia. Sejak dilancarkan di Malaysia pada 2024, Moom Health telah berjaya mewujudkan kehadiran yang kukuh dalam kalangan wanita Malaysia melalui penawaran jenama ini iaitu suplemen yang dipersonalisasi, disokong pakar, dan 100% semula jadi. Dicipta untuk wanita Asia moden, pelan suplemen Moom direka untuk menangani keperluan khusus berdasarkan matlamat kesihatan individu dan jenis badan, dan semua produk adalah vegan, semua-semula jadi, mesra halal, bebas GMO dan diperakui KKM.

GBC yakin anda pasti ingin tahu apakah kod warna foundation yang dipakai oleh Rosé Blackpink. Inilah rahsianya… ysl beauty All Hours Glow Foundation bukan sekadar bedak asas cecair biasa! Ia adalah gabungan canggih antara penjagaan kulit dan kosmetik couture yang mengandungi formula berasaskan serum sebanyak 78%. Bedak asas cecair hibrid ini menggabungkan kepakaran saintifik dengan estetika kosmetik mewah, menjadikannya pilihan wanita yang mahukan litupan sempurna tanpa kerisauan. Tiga bahan aktif utama menjadi tulang belakang formula untuk All Hours Glow Foundation seperti Asid Hialuronik yang bertindak sebagai pelembap yang mengunci kelembapan sepanjang hari. Malah, menyerlahkan kesan dewy yang sihat dan pancaran dari dalam secara semula jadi. Niacinamide pula berfungsi mencerahkan dan menyamaratakan tona kulit dan membantu mengurangkan masalah ketidaksempurnaan kulit secara beransur-ansur.

GBC Love Wellness kembali minggu lalu dengan acara eksklusif yang berlangsung di POSH Nail Spa, Bukit Tunku. Dihadiri oleh ahli GBC, sesi kali ini dirancang untuk memberi ruang kepada ahli menikmati pengalaman santai sambil meraikan keindahan self-care menerusi sesi manicure.

Berbeza daripada siri sebelum ini, acara kali ini berfokus kepada sesi manicure yang menggabungkan rawatan ringkas, perkongsian tip kecantikan dan aktiviti praktikal. Selain mencantikkan kuku, peserta juga berpeluang belajar teknik mudah yang boleh diamalkan sendiri di rumah.

Tidak ketinggalan, acara turut diserikan dengan door gift premium serta sajian makanan dan minuman yang ditaja khas. Gabungan aktiviti, hadiah dan suasana mesra menjadikan acara ini satu lagi kenangan bermakna dalam siri Love Wellness.