Editor GBC Cuba Spa De La Mer Pertama Di Suria KLCC Malaysia!
Mewah! Itulah momen pertama kala melangkah ke ruang eksklusif Spa De La Mer yang terletak Suria KLCC, Malaysia. Editor GBC dijemput untuk reviu sesi rawatan wajah secara eksklusif dan menjadi individu pertama mencuba rawatan mewah yang ditawarkan di Spa De La Mer.
Suasana yang menenangkan segera menyambut. Pencahayaan lembut, tekstur mengalir seperti ombak, dan suasana di Spa de La Mer yang mengajak kepada ketenangan dan pemulihan mencipta ruang pelarian multisensori di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur. Pembukaan spa ini menandakan detik penting bagi jenama La Mer di Malaysia, di mana inovasi penjagaan kulit bertemu dengan kemewahan sensori melalui tenaga penyembuhan dari laut. Spa baharu ini adalah testimoni kepada warisan La Mer, menawarkan tetamu ruang di mana sains dan kemewahan sensori bertemu dalam harmoni yang sempurna.

5 Minit Sahaja, Editor GBC Cuba Eyeshadow Stick Untuk Jimatkan Masa Solekan
Eyeshadow stick menawarkan pendekatan transformatif dalam dunia solekan dengan konsep "low-touch, high-effort" yang bermaksud usaha minima untuk hasil maksima.
GBC Guest Writer: Kelas Muay Thai Lebih Baik Berbanding Kelas Kecantikan!
GBC Guest Writer minggu ini bersama ahli GLAM Beauty Club, Fera Ibrahim yang berkongsi cerita mengenai pengalamannya dari wanita biasa kini semakin berani dan gemarkan rutin Wellness. Ikuti kisah menariknya...
Perkongsian cerita dan pengalaman oleh ahli GBC, Fera Ibrahim tentang perjalanan kecantikan dan kesihatan dirinya. "Saya obses dengan perihal kecantikan atau segalanya mengenai cantik, namun sejak kebelakangan ini saya cabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Dan siapa sangka kini saya aktif dalam sukan seni mempertahankan diri, Muay Thai dari hanya 'cuba-cuba' kini menjadi rutin harian."
1. Masalah yang sering dihadapi saya, terutama apabila kulit mula...
Rutin saya sekarang lebih fokus pada kelembapan dan perlindungan. Kerana saya seorang yang aktif berpeluh dan sering berada di outdoor, kulit mula tanpa kering, tidak sekata. Apa yang saya lakukan adalah dengan memilih pembersih wajah lembut, kemudian toner, serum vitamin C, pelembap, dan pelindung matahari. Waktu malam pula, saya buat double cleansing dan sapukan krim malam atau sleeping mask yang menyuburkan kulit. Memang tip, double cleansing ini benar-benar berhasil.
Editor GBC Cuba Minyak Kelapa Untuk Rutin Penjagaan Rambut, Ini Hasilnya
Sebagai seorang yang sentiasa terdedah kepada pelbagai produk penjagaan rambut, saya memutuskan untuk mencuba bahan semula jadi seperti minyak kelapa.
GBC Dedah Rahsia Cantik Syifa Hadju Bukan Sebab Suntikan, Tetapi…
Aktres Indonesia terkenal, Syifa Hadju berkongsi secara jujur tentang transformasi kulitnya kepada GBC kenapa kulitnya terusan glowing, sihat dan sentiasa bersinar saban bulan.
Pelakon cantik Indonesia, Syifa Hadju kini menjadi buah mulut apabila dia dilamar oleh kekasih hatinya, El Rumi. Bukan itu sahaja yang menjadi tumpuan, tetapi rutin kecantikannya juga menjadi tumpuan utama, wanita cantik ini yang juga sangat mementingkan penjagaan kulit wajahnya. GBC dedah apa yang dilakukan oleh Syifa Hadju dan ini anda boleh lakukan.
Artikel berkaitan GBC Lulus: 4 Skin Tint Pilihan Editor GBC
GBC Dedah Rambut Juga Perlukan Night Cream
Selama ini anda ingat hanya wajah perlukan krim malam? Jangan lupa tentang rambut kerana ia juga akan melalui proses penuaan! GBC dedah produk ini dikatakan dapat memulihkan rambut kembali bersinar dalam masa singkat.
Apa itu 'Night Cream' rambut? Produk ini terinspirasi daripada rutin penjagaan wajah malam yang sering kita pratikkan. Konsepnya mudah, kalau kulit wajah boleh dapat rawatan pemulihan semasa kita tidur, kenapa tak rambut juga? Jenama penjagaan rambut mewah, Oribe memperkenalkan Gold Lust Night Crème yang menggunakan teknologi Biomimetic Repair yang bertindak untuk meniru proses peremajaan semula jadi kulit pada waktu malam.
GBC Yakin Inilah Produk Yang Anda Nantikan...
GBC Lulus 8 Wangian Rambut Terkini 2025
Wangian rambut adalah game changer terbesar dalam dunia kecantikan 2025! Setiap semburan memberikan menyerlahkan peribadi diri. GBC Lulus 7 terbaik di pasaran masa kini. Dunia kecantikan tahun 2025 beralih kepada trend wangian rambut. Tidak lagi sekadar menggunakan hair mist biasa, kini ia memberikan wangian tahan lama pada rambut tanpa merosakkan helaian rambut.
1. Sol de Janeiro Cheirosa 62 Bum Bum Hair & Body Fragrance Mist
Wangian ikonik Brazilian Bum Bum Cream dalam bentuk mist. Dengan aroma vanilla salted caramel yang manis dan hangat, ia memberikan pengalaman tropikal yang mewah dan telah menjadi salah satu bestseller di Sephora.
2. Gris Dior Hair Mist
Jenama ikonik Dior menawarkan hair mist yang sophisticated dengan wangian yang kompleks dan mewah. Formula yang diformulasikan khas untuk rambut memberikan perlindungan sambil meninggalkan aroma yang tahan lama, menjadikannya pilihan para beauty connoisseur yang mencari sesuatu yang istimewa.
GBC Lulus: Editor GBC Cuba 4 Eyeliner Terbaik Yang Tahan Sepanjang Hari
Berikut adalah 4 pilihan eyeliner terbaik yang telah terbukti mampu memberikan hasil yang tahan lama dan sempurna sepanjang hari.