GBC Lulus: Kami Cuba Krim Tangan Selamat untuk Kulit Sensitif
Tangan yang kering dan sensitif memerlukan penjagaan istimewa. Dengan kerap mencuci tangan, pendedahan kepada persekitaran yang keras, dan faktor cuaca, kulit tangan mudah menjadi kering. Memilih krim tangan yang sesuai adalah kunci untuk mengekalkan tangan yang lembut dan sihat, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Menurut pakar dermatologi, krim tangan yang baik harus mengandungi bahan-bahan seperti humectants (glycerin dan hyaluronic acid) yang menarik kelembapan, emollients (shea butter dan minyak almond) yang melembutkan kulit, occlusives (dimethicone) yang mengunci kelembapan, serta ceramides yang menguatkan penghalang kulit. Untuk kulit sensitif, adalah penting untuk mengelakkan krim tangan yang mengandungi pewangi buatan, paraben, atau asid yang boleh menyebabkan kerengsaan.
Editor GBC Cuba Setting Spray Ini, Ternyata Mekap Melekat Sampai Ke Malam
Setting spray telah menjadi produk wajib dalam rutin mekap wanita. Produk ajaib ini berfungsi untuk mengunci makeup anda supaya tahan lebih lama, memberikan kesan segar, dan melindungi wajah daripada minyak berlebihan. Dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia, memilih setting spray yang sesuai adalah kunci solekan flawless sepanjang hari.
5 Setting Spray Pilihan GBC:
1. Urban Decay All Nighter Long-Lasting Makeup Setting Spray
Urban Decay All Nighter kekal menjadi pilihan utama ramai makeup enthusiast di seluruh dunia. Setting spray ini terkenal dengan formula yang mampu mengunci makeup sehingga 16 jam tanpa terasa berat atau melekit pada kulit.
Dari GBC Love Wellness, CHANEL, ARMANI beauty hinggalah ke AESOP: Inilah Momen Terbaik Sepanjang 2025
Hari ini, hari terakhir 2025! Banyak momen manis,pahit bersama GLAM Beauty Club! Buat anda yang setia bersama GBC, nantikan agenda menarik 2026!
GBC Lulus Wangian Patut Beli Di BYREDO Untuk First Timer
Butik pertama Byredo di Malaysia kini dibuka di Suria KLCC! Inilah peluang anda untuk memiliki wangian yang jadi buah mulut ramai! Jangan risau GBC Lulus wangian terbaik untuk anda yang 'First Timer'.
Akhirnya… Mimi Lana Dedah Ini Rahsianya Sepanjang Tahun 2025
GBC Dekati aktres cantik kesayangan ramai, Mimi Lana yang semakin hari semakin bersinar selepas bergelar isteri! Hanya untuk GBC, dia ingin dedahkan rahsia kecantikan yang belum pernah dia kongsi bersama. GBC perasan makin hari Mimi semakin cantik, semakin berseri wajahnya! Anda mungkin berfikiran sama macam GBC, apa rahsianya? Bagaimana kulit dan juga juga rambutnya kelihatan sihat dan bersinar... Ikuti pendedahan eksklusif ini!
Apa sebenarnya rahsia Mimi?
Editor GBC Cuba 5 Maskara Untuk Bulu Mata Lebat Macam Pakai Fake Lashes!
Jika anda diberi peluang memilih hanya satu produk solek untuk digunakan sepanjang hayat, apakah pilihan anda? Tanpa ragu-ragu, pilihan GBC pasti maskara. Ia adalah produk kecantikan paling transformatif yang pernah wujud. Ia adalah produk kecantikan paling transformatif yang pernah wujud. Mendefinisikan bulu mata anda memberikan hasil yang benar-benar membuka mata, menjadikannya kelihatan lebih besar dan bersinar.
Berdasarkan soalan-soalan yang sering ditanya kepada Editor GBC, memilih maskara yang tepat adalah soalan paling kerap! Mencadangkan maskara terbaik bukanlah satu tugas yang mudah. Tidak wujud maskara yang sesuai untuk semua orang, jadi prestasi maskara sering membahagikan pendapat. Kuncinya adalah untuk mengenalpasti keperluan bulu mata anda, adakah anda mencari volum, panjang, lentikan, atau sesuatu yang lain? Apa jua keperluan anda, anda akan menemui cadangan yang sesuai di sini.
Ini 5 pilihan Editor GBC setelah berbulan mencuba...
“Sanitize Wajah Juga Penting… “- Tip Iman Opie Untuk GBC
Walaupun muda, tetapi sekaranglah masa sesuai untuk ada ritual penjagaan wajah dan badan kekal! Barulah diri berseri-seri! GBC tanya bintang pempengaruh kesayangan ramai, Iman Opie apa rahsia dia kekal berseri sepanjang hari.
Gadis comel yang buat GBC untuk dekati dirinya dikenali sebagai Iman Opie atau nama sebenarnya Iman Alysha Amin! Ramai yang mengatakan wajahnya saling tak tumpah seperti aktres terkenal Daiyan Trisha, namun kedua-duanya punya kecantikan tersendiri di mata GBC! Iman Opie ada daya tarikannya, paling yang membuatkan GBC ingat tip kecantikannya adalah Sanitize Wajah itu tidak ramai yang tahu! Iya.. GBC sendiri terkejut pendedahan eksklusif Iman. Baca lanjut di bawah, kenapa dia mempunyai pendapat sebegitu?
GBC Dedah Jung Kook BTS Duta Global Baharu CHANEL Beauty
Ikon pop global ini mencipta sejarah baharu dengan perkongsian mewah bersama rumah fesyen ikonik Perancis, menandakan era baharu dalam industri kecantikan dan wangian mewah. GBC setuju!
GBC Lulus Advent Calendar Diptyque, Jo Malone London untuk 2025
Sempena bulan Disember ini, raikan musim festival atau percutian dengan memilih hadiah istimewa buat insan tersayang. GBC Lulus 5 Advent Calendar 2025
GBC Tanya Suganya Kenapa Kulitnya GLOW Ketika Di Pentas CHANEL Cruise Singapura
GBC bangga apabila satu-satunya model Malaysia yang semakin menempah nama di persada tempatan dan antarabangsa terpilih untuk melangkah ke CHANEL Cruise, Singapura.
Suganya Di Pentas Antarabangsa...bagaimana you boleh terpilih untuk CHANEL Cruise 2025 di Singapura?
Ini adalah pengalaman kali pertama saya. Proses casting yang dilalui juga bukan seperti yang biasa kali ini semuanya berlaku secara digital melalui medium email dan video. Kebiasaannya saya perlu hadir ke sesi casting secara face-to-face! Jadi semuanya bermula dengan pantas, dan sehingga hari ini saya masih tidak percaya ianya berlaku dengan begitu cepat. Pengalaman ini membuktikan bahawa walaupun dunia fesyen semakin berubah dengan teknologi, peluang untuk bersinar tetap terbuka luas untuk model Malaysia yang berbakat.