Use your ← → (arrow) keys to browse
Majlis perkahwinan selebriti bukan sekadar tentang cinta. Ia juga merupakan perayaan fesyen yang dinanti-nantikan. Busana perkahwinan raja sehari menjadi antara elemen paling dinantikan oleh peminat dan pemerhati fesyen. Dari sentuhan klasik hingga rekaan moden, setiap selebriti membawa keunikan tersendiri.
Tidak dinafikan, pilihan persalinan yang tepat mampu menaikkan aura pengantin. Tambahan pula apabila digayakan dengan tata rias yang sempurna, aksesori yang teratur dan aura keyakinan yang menyerlah. GLAM menyenaraikan beberapa selebriti tanah air yang tampil mempesona dengan busana perkahwinan mereka, masing-masing memberi inspirasi dan mencetus gaya tersendiri.