GBC Raikan Bulan Kesedaran PCOS Bersama Moom Health
Tahukah GBC, bulan September ini adalah bulan kesedaran PCOS. Jenama suplemen wanita, Moon Health anjur ruang untuk wanita berkongsi tentang segalanya perihal wanita.
Jenama suplemen wanita tempatan ini melancarkan siri aktivasi istimewa pada bulan September untuk memberi pendedahan atau kesedaran wanita tentang gangguan hormon yang mempengaruhi 1 daripada 10 wanita di seluruh dunia.
Sejak dilancarkan di Malaysia pada 2024, Moom Health telah berjaya mewujudkan kehadiran yang kukuh dalam kalangan wanita Malaysia melalui penawaran jenama ini iaitu suplemen yang dipersonalisasi, disokong pakar, dan 100% semula jadi. Dicipta untuk wanita Asia moden, pelan suplemen Moom direka untuk menangani keperluan khusus berdasarkan matlamat kesihatan individu dan jenis badan, dan semua produk adalah vegan, semua-semula jadi, mesra halal, bebas GMO dan diperakui KKM.
GBC Dedah Ini Kod Warna YSL Beauty All Hours Glow Foundation Rosé
GBC yakin anda pasti ingin tahu apakah kod warna foundation yang dipakai oleh Rosé Blackpink. Inilah rahsianya…
All Hours Glow Foundation bukan sekadar bedak asas cecair biasa! Ia adalah gabungan canggih antara penjagaan kulit dan kosmetik couture yang mengandungi formula berasaskan serum sebanyak 78%. Bedak asas cecair hibrid ini menggabungkan kepakaran saintifik dengan estetika kosmetik mewah, menjadikannya pilihan wanita yang mahukan litupan sempurna tanpa kerisauan.
Tiga bahan aktif utama menjadi tulang belakang formula untuk All Hours Glow Foundation seperti Asid Hialuronik yang bertindak sebagai pelembap yang mengunci kelembapan sepanjang hari. Malah, menyerlahkan kesan dewy yang sihat dan pancaran dari dalam secara semula jadi. Niacinamide pula berfungsi mencerahkan dan menyamaratakan tona kulit dan membantu mengurangkan masalah ketidaksempurnaan kulit secara beransur-ansur.
GBC Love Wellness: Memasak Buat Saya Hilang Stress…Nabila Huda
Lain individu lain cara mereka hilang stress! Sempena GBC Love Wellness 2025, GBC tanya Nabila Huda bagaimana dia hilang stress?
1. Jika hanya ada tiga produk cantik paling penting dalam hidup anda, apakah ia?
Kenapa perlu tiga kalau satu produk boleh rawat segalanya! Coconut Oil! Percayalah ia boleh merawat dari rambut hingga ke hujung kaki. Malah, boleh digunakan juga sebagai pati wangian semula jadi dan tahan lama baunya…GBC Cuba 3 Produk Mewah La Beauté Louis Vuitton
Ahli GBC pasti lihat dan dengar produk kosmetik paling mewah, La Beauté Louis Vuitton kini secara rasmi berada di pasaran. GBC Cuba 3 produk pertama dan ini reviu kami
La Beauté Louis Vuitton terlahir dari kolaborasi paling hangat antara Nicolas Ghesquière dan jurusolek lagenda yang juga ikon Dame Pat McGrath dalam menggabungkan kesinambungan antara warisan Louis Vuitton dan trend kecantikan semasa. Perjalanan era baharu kemewahan yang mendefinisi semula kecantikan masa kini. Dame Pat McGrath sebagai Direktor Kreatif Kosmetif La Beaute Louis Vuitton membentuk satu ekspresi baru dalam dunia kecantikan mewah.
GBC Dedah Harga Sebenar Perfume Baccarat Rouge 540 Di Malaysia
Baccarat Rouge 540 adalah simbol kekayaan! Kini tersedia dalam siri botol 250 edisi terhad sold out dalam masa singkat! Hanya boleh didapati di Pavilion KL dan Suria KLCC.
Siapa yang tidak mengenali Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540, wangian ikonik lagi premium ini sememangnya tiada tandingan dan masih menduduki carta minyak wangi paling dicari saban tahun. GBC dikhabarkan melalui pengalaman mereka yang memilikinya, aroma tidak akan pernah dilupakan, buat mereka yang memakainya pengalaman itu berbeza seperti berada dalam kelompok golongan elit dan eksklusif.
[caption id="attachment_248505" align="aligncenter" width="2560"]
Baccarat Rouge 540 Eau de Parfum 200ml, bernilai RM2,810, 70ml RM1,420 dan 35ml RM900[/caption]
Sebelum anda memilliki Baccarat Rouge 540, ayuh kenali lebih dekat keunikan pembuatan wangian ikonik dunia ini. Baccarat Rouge 540 adalah salah satunya wangian yang mahakarya lahir dari pertemuan dua dunia iaitu kecanggihan kristal Baccarat yang berusia 250 tahun dan kepakaran Maison Francis Kurkdjian yang tiada tandingan.
Selain ZAITUN, Ini Jenama Ubat Gigi Lokal Pilihan GBC!
Waktu zaman emak kita dulu, pastinya anda pernah dengan ubat gigi Zaitun! Kini, kembalinya lagi ubat gigi lokal yang bakal buat anda tersenyum lebar. Habit menggosok gigi secara berkala adalah rutin wajib setiap individu. Sejak masa kecil atau sewaktu bayi, pasti ada rutin ini. Namun, jangan terkejut ada yang malas menggosok gigi… GBC risau kalau bercakap dengan individu ini takut terhidu bau halwa mulut...alamak! GBC yakin ahli GBC pasti terkecuali dari golongan seperti ini. Seperti saya, rutin menggosok gigi itu adalah momen untuk saya meraih ilham! Sambil gosok, sambil berfikir anak nak makan apa lunch atau dinner! GBC terkejut juga trend jenama ubat gigi lokal semakin mendapat tempat di hati penggemar jenama kesihatan atau kecantikan lokal. Ini jenama pilihan GBC.
1. BRUSH WITH GIGI
Pastinya anda pernah terlihat jenama ini di grocery store premium seperti Qra and BIG’s, pasti GIGI terjual di sini! Jenama ubat gigi ini dimiliki oleh pempengaruh digital, Asma Nasaruddin. Ubat GIGI ini diformulasikan untuk mencerah dan menguatkan gigi dan mengurangkan sensitif gigi. Paling laris Essential Toothpaste yang diperkayakan dengan minyak tea tree, minyak kelapa dara, ekstrak miswak yang dapat membersihkan kotoran pada permukaan gigi.
Ini Panduan Eksklusif GBC Pilih Losyen Badan Atau Minyak Badan
Asal keluar rumah, pasti ada orang tegur kulit kering! Stress bukan? Ini panduan eksklusif GBC untuk anda pilih samada losyen badan atau minyak badan Kulit kering bukanlah sesuatu yang dibanggakan! Kalau tengok kulit bayi mula nampak tompokan kering pun sudah mampu buat anda panik! Sama juga dengan tubuh badan kita, kulit kering itu buat hati tidak tenteram! Habis semua petualah, produk digunakan namun adakah anda tahu pemilihan produk yang tepat boleh menyelesaikan masalah ini? Hadir produk losyen badan atau sekarang ini minyak badan makin menjadi pilihan adalah pilihan wajib patut ada di rumah. Kedua formulasi mewah ini bekerja dengan satu misi yang sama iaitu memberikan hidrasi mendalam agar kulit tampak dan terasa lebih halus serta lembut bagai sutra. Namun, ia punya perbezaan.
GBC Lulus Trend Key Charm Era 90-an
Dari pemegang lip balm hinggalah kepada kit rambut mini! Trend Key Charm kembali popular dalam dunia kecantikan dan GBC Lulus!
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Key Charm telah muncul sebagai aksesori fesyen yang paling utama. Pernah dilihat sebagai hiasan yang suka-suka dan khusus, token miniatur personaliti ini kini dipamerkan pada beg gadis-gadis fesyen seperti Kendall Jenner dan Dua Lipa. Semasa kegilaan yang diilhamkan era 90-an ini mendapat momentum, ia juga bergerak ke dalam ruang kecantikan, dengan jenama seperti Fenty dan Benefit Cosmetics mengikuti jejak yang sama. Jom ikuti revolusi ini!
Dunia kecantikan kini semakin menarik dengan kehadiran pelbagai produk penjagaan bibir yang menggabungkan teknologi canggih dan bahan-bahan semula jadi. Daripada tekstur mentega yang mewah hingga formula jeli yang inovatif, setiap produk menawarkan pengalaman unik untuk bibir yang lebih sihat, lembap dan berseri. Mari kita terokai lima produk istimewa yang sedang menjadi kegemaran ramai.
1. Dior Beauty
Mulakan rutin penjagaan bibir bersama Dior Addict Lip Glow Butter yang membuatkan bibir lebih lembap dan bersinar. Produk rawatan berkilau tinggi ini diperkaya dengan duo peptida dan ceramide yang serta-merta meningkatkan penampilan bibir. Diformulasikan daripada 90% bahan asal semula jadi, ia mencapai keseimbangan sempurna antara balm dan gloss.
Produk ini memberikan 24 jam hidrasi mendalam sambil menambah sentuhan warna dan kilauan untuk bibir yang berseri. Tekstur menteganya yang kaya dan merangkumi dapat melicinkan dan mengembangkan bibir secara ketara selama 24 jam, manakala formula yang selesa memberikan sensasi menenangkan selama 8 jam. Aplikatornya memeluk bentuk bibir untuk sensasi selembut bantal.
GBC Love Wellness: Bagaimana Anna Jobling Stress-Reset!
Bersempena dengan GBC Love Wellness, GLAM Beauty Club sempat menemubual bersama the first Beauty Connoisseur GBC, Anna Jobling mengenai cara dia Stress-Reset!
You don’t need to be everyone’s cup of tea, you don’t need to be “enough” for others. You don’t need to fit a certain “beauty standard” for others..Anna JoblingStree-Reset bukanlah satu perkara yang patut diambil remeh dan ini juga dipersetujui oleh aktres cantik, Anna Jobling. Jelasnya, dirinya kini sibuk di negara jiran dan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bukanlah satu perkara yang mudah. Ia banyak mengorbankan masa, tenaga dan diri. Namun, sebagai aktres ianya sudah menjadi tanggungjawab utama. GBC menemubual bersama Anna selanjutnya mengenai perihal kesihatan dan kecantikan dirinya pula.
Kulit Anna bersihnya… bagaimana you jaga kesihatan kulit walaupun sibuk di set pengambaran? Tekaan GBC jika di set sudah tentu pelakon itu disolek tebal?
Bagi Anna, perkara terbaik dalam menjaga kulit adalah dengan mempunyai rutin penjagaan kulit yang baik dan konsisten melakukannya. Menyediakan kulit supaya terhidrat sebelum memakai solekan juga penting kerana jika di set saya akan berada selama lebih 12 jam hampir setiap hari. I also prefer a more matte finish foundation as I won’t be needing to touch up, jadi ia menghalang kulit saya daripada kelihatan cakey!GBC Love Wellness: Rejuvenasi & Holistik, Satu Pengalaman Eksklusif
Dari Yoga Flow hingga Ice Bath, GBC Retreat Vol 1.0 mengajak anda untuk merasai sendiri revolusi kecantikan holistik. Pengalaman ini membuktikan kecantikan juga mengimbangi jiwa dan raga. GLAM Beauty Club ada surprise untuk semua ahli GBC samada yang baru atau lama! Perkenalkan GBC Retreat Vol 1.0 yang membariskan pengalaman eksklusif lebih holistik dan menjaga kesejahteraan minda dan jiwa. Revolusi baru ini melalui fasa transformatif terutama dalam aktiviti yang melibatkan Wellness. Ini bukan sekadar acara biasa, anda akan merasi sendiri pengalaman kecantikan holistik dari Yoga Flow hingga ke Onsen Spa.