Julia Azman, Author at Glam Beauty Club - Page 4 of 6
?>

Aktres cantik Eyka Farhana sentiasa hadir bersedia, cantik dan segar walaupun dirinya hanya tidur 1 Jam. GBC tanya apakah rahsia empunya diri rutin cantiknya di kala Take-Off.   GBC mendekati aktres cantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Apa yang menarik perhatian GBC adalah rutin penjagaan kulit wajahnya yang tidak pernah pudar momentumnya. Sentiasa bersedia dengan produk-produk penjagaan kulit wajahnya. Hendaklah sekarang ini, dia sibuk menghadiri jemputan ke acara dalam and luar negara. Bagaimana dia kekal cantik walaupun kepenatan! Ikuti sembang cantik GBC bersama Eyka Farhana. Mungkin anda boleh mengikuti nasihatnya?...

Apakah satu rutin penjagaan kulit anda yang tidak pernah tinggal walaupun anda sibuk?

Tidak kira betapa padatnya hari saya, sama ada saya di set penggambaran, ke acara, atau mengejar penerbangan lewat malam. Saya tidak pernah tinggal untuk membersihkan wajah. It’s my reset button! Muka yang bersih adalah asas untuk segala-galanya, dan ia membantu kulit saya bernafas selepas memakai solekan sepanjang hari. EYKA FARHANA

Lip Oil kini menjadi fenomena! GBC yakin dalam beg tangan anda pasti ada produk ini. GBC Lulus 5 Lip oil yang menjadi pilihan selebriti terkenal dan mudah dimiliki.

Trend Lip Oil yang viral ini bukanlah sekadar fenomena sementara - ia telah menjadi revolusi dalam dunia kecantikan. Berbeza dengan lip gloss tradisional yang sering kali melekit dan berat, Lip Oil menawarkan formula yang lebih ringan dengan kesan kilauan yang natural. Produk ini telah menjadi pilihan utama influencer dan selebriti kerana kemampuannya memberikan efek "glass skin" pada bibir sambil menghidrasi sepanjang hari.

Gerakan cantik di Malaysia kini heboh mengenai spa di dalam keretapi mewah! Datin Elvina individu pertama yang menikmati pengalaman eksklusif Dior Spa.

Dior Spa bekerjasama dengan Eastern & Oriental Express menerusi keretapi Belmond menjelajahi serata Asia Tenggara, antara Singapura dan Malaysia sambil menerima rawatan spa terbaik. Megah mengunjungi ke Asia Tenggara pada 22 Jun 2024, Dior Spa bersama Eastern & Oriental Express memberi pengalaman yang unik dengan pemandangan yang indah. Keretapi ini akan melintasi keajaiban Asia Tenggara, di antara Singapura dan Malaysia. Pemandangan panorama yang luar biasa seperti hutan hujan tropika, sawah, laut jernih serta kuil-kuil nenek moyang dahulu akan menemani anda.