Syafiqah Alkaf, Author at Glam Beauty Club - Page 4 of 4
?>

Skincare sekarang bukan lagi sekadar ikut trend. Ia tentang pilihan yang bijak, konsisten dan sesuai dengan keperluan kulit sendiri. Sebab itu kami tertarik dengan langkah terbaharu Drunk Elephant yang memperkenalkan arah tuju jenama yang lebih evolve menerusi kempen “Please Enjoy Responsibly”. Dilancarkan di New York pada Januari 2026, kempen ini membawa mesej yang cukup jelas: skincare works better when done with intention. Dalam erti kata lain, bukan semua bahan aktif perlu disapu serentak dan bukan semua rutin sesuai untuk semua orang. Drunk Elephant mahu pengguna moisturize, brighten, glow, exfoliate dan hydrate secara bertanggungjawab. Sebagai jenama yang terkenal dengan pendekatan “skin-first”, Drunk Elephant kekal dengan prinsip formulasi tanpa bahan yang boleh menjadi punca masalah kulit biasa atau mengganggu keberkesanan produk lain. Fokus mereka? Tahap bahan aktif yang efektif dan disokong sains untuk hasil yang benar-benar boleh dilihat dan bukan sekadar janji pemasaran.

Christian Dior Parfums baru sahaja mengumumkan Lingling Kwong sebagai duta La Collection Privée untuk Thailand dan honestly, we love this pairing!

Kalau anda mengikuti dunia hiburan Thailand, nama Lingling bukan sesuatu yang asing. Dia semakin dikenali sebagai pelakon dan model yang kariernya sedang naik dengan cukup konsisten. Dari drama ke kempen fesyen, langkahnya tersusun dan semakin kukuh. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dia berjaya membina pengaruh yang besar di Asia, lengkap dengan kehadiran digital yang kuat dan fanbase yang setia. Pendek kata, dia memang sedang berada di fasa yang sangat exciting dalam kerjayanya.