Kembara Cantik 360’ Archives - Glam Beauty Club
?>

Mewah! Itulah momen pertama kala melangkah ke ruang eksklusif Spa De La Mer yang terletak Suria KLCC, Malaysia. Editor GBC dijemput untuk reviu sesi rawatan wajah secara eksklusif dan menjadi individu pertama mencuba rawatan mewah yang ditawarkan di Spa De La Mer. Suasana yang menenangkan segera menyambut. Pencahayaan lembut, tekstur mengalir seperti ombak, dan suasana di Spa de La Mer yang mengajak kepada ketenangan dan pemulihan mencipta ruang pelarian multisensori di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur. Pembukaan spa ini menandakan detik penting bagi jenama La Mer di Malaysia, di mana inovasi penjagaan kulit bertemu dengan kemewahan sensori melalui tenaga penyembuhan dari laut. Spa baharu ini adalah testimoni kepada warisan La Mer, menawarkan tetamu ruang di mana sains dan kemewahan sensori bertemu dalam harmoni yang sempurna. La Mer KLCC

Gerakan cantik di Malaysia kini heboh mengenai spa di dalam keretapi mewah! Datin Elvina individu pertama yang menikmati pengalaman eksklusif Dior Spa.

Dior Spa bekerjasama dengan Eastern & Oriental Express menerusi keretapi Belmond menjelajahi serata Asia Tenggara, antara Singapura dan Malaysia sambil menerima rawatan spa terbaik. Megah mengunjungi ke Asia Tenggara pada 22 Jun 2024, Dior Spa bersama Eastern & Oriental Express memberi pengalaman yang unik dengan pemandangan yang indah. Keretapi ini akan melintasi keajaiban Asia Tenggara, di antara Singapura dan Malaysia. Pemandangan panorama yang luar biasa seperti hutan hujan tropika, sawah, laut jernih serta kuil-kuil nenek moyang dahulu akan menemani anda.

GBC dapat pas eksklusif ke backstage bersama penyanyi terkenal Rossa. Katanya, dia amalkan trik ini sebelum bersolek!

GLAM Beauty Club berbesar hati apabila mendapat green light untuk merakamkan momen penyanyi tersohor kesayangan ramai, Rossa bersiap sebelum ke pentas utama. Kehadiran dia ke Kuala Lumpur adalah untuk menyerikan konsertnya yang berlangsung di Zepp, KL. Beauty Editor GBC, Julia Azman sempat mengorek rahsia bersama jurusolek kesayangannya, Ferry Fahrizal bagaimana Rossa kekal menawan dan cantik.

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa hadir kali kedua di Kuala Lumpur dan dia terinspirasi Trik Kecantikan tempatan, sehingga dia terkesima!

Raisa GBC

Ini bukanlah kali pertama saya bersua-muka dengan Raisa! Kali kedua kebarangkalian. Terima kasih Lancome Malaysia dan Singapura yang menjayakan acara global terbaik bulan ini. Terima kasih terbangkan Raisa kembali ke Kuala Lumpur. Apa lagi saya ambil peluang untuk menemubual Raisa khas dan secara eksklusif untuk ahli GBC sekalian!

INGIN CANTIK SEPERTI RAISA…