Kehijauan adalah simbolik kepada kesegaran dan satu permulaan. Bagi yang masih ragu atau keliru, kami mencungkil teknik dan trik hebat menghias dalam masa sama menambah baik ruang sedia ada dengan kesegaran hijau.
Use your ← → (arrow) keys to browse
PANEL DINDING
Wall panelling atau wainscoting antara aksesori dinding terhangat sepanjang tahun ini. Anda boleh menempah reka bentuk yang diingini melalui kontraktor atau pereka bentuk dalaman bertauliah agar tidak tersilap percaturan. Ruang yang mungkin boleh dipertimbangkan ialah dinding ruang tamu, foyer, ruang makan dan dinding pada selusur anak tangga.
Tip
Aksesori dinding ini mampu untuk dilakukan DIY. Hanya dengan menggunakan rangka kayu lapis, ukuran tepat dan kemahiran memotong dan mengemaskini permukaan dinding dan kayu dengan cermat. Anda boleh memiliki dinding cantik tanpa memecahkan tabung atau poket semasa.