Kehijauan adalah simbolik kepada kesegaran dan satu permulaan. Bagi yang masih ragu atau keliru, kami mencungkil teknik dan trik hebat menghias dalam masa sama menambah baik ruang sedia ada dengan kesegaran hijau.
Use your ← → (arrow) keys to browse
STORAN TANGGA
Gunakan ruang sebaik mungkin bagi kediaman yang memiliki reka pelan terhad. Binaan anak tangga boleh dibina satu lagi unit penyimpanan tersembunyi. Sama ada rak terbuka, berpara atau berlaci.
Tip
Saya cadangkan rak dibina bersekali daun pintu agar pemandangan dipersembah lebih kemas dan teratur. Rak tangga juga boleh berfungsi sebagai rak buku jika tidak mahu rekaan rak berpintu.