GBC Lulus: Kami Cuba Krim Tangan Selamat untuk Kulit Sensitif
Tangan yang kering dan sensitif memerlukan penjagaan istimewa. Dengan kerap mencuci tangan, pendedahan kepada persekitaran yang keras, dan faktor cuaca, kulit tangan mudah menjadi kering. Memilih krim tangan yang sesuai adalah kunci untuk mengekalkan tangan yang lembut dan sihat, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Menurut pakar dermatologi, krim tangan yang baik harus mengandungi bahan-bahan seperti humectants (glycerin dan hyaluronic acid) yang menarik kelembapan, emollients (shea butter dan minyak almond) yang melembutkan kulit, occlusives (dimethicone) yang mengunci kelembapan, serta ceramides yang menguatkan penghalang kulit. Untuk kulit sensitif, adalah penting untuk mengelakkan krim tangan yang mengandungi pewangi buatan, paraben, atau asid yang boleh menyebabkan kerengsaan.
Editor GBC Cuba Setting Spray Ini, Ternyata Mekap Melekat Sampai Ke Malam
Setting spray telah menjadi produk wajib dalam rutin mekap wanita. Produk ajaib ini berfungsi untuk mengunci makeup anda supaya tahan lebih lama, memberikan kesan segar, dan melindungi wajah daripada minyak berlebihan. Dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia, memilih setting spray yang sesuai adalah kunci solekan flawless sepanjang hari.
5 Setting Spray Pilihan GBC:
1. Urban Decay All Nighter Long-Lasting Makeup Setting Spray
Urban Decay All Nighter kekal menjadi pilihan utama ramai makeup enthusiast di seluruh dunia. Setting spray ini terkenal dengan formula yang mampu mengunci makeup sehingga 16 jam tanpa terasa berat atau melekit pada kulit.
GBC Lulus Wangian Patut Beli Di BYREDO Untuk First Timer
Butik pertama Byredo di Malaysia kini dibuka di Suria KLCC! Inilah peluang anda untuk memiliki wangian yang jadi buah mulut ramai! Jangan risau GBC Lulus wangian terbaik untuk anda yang 'First Timer'.
Editor GBC Cuba 5 Maskara Untuk Bulu Mata Lebat Macam Pakai Fake Lashes!
Jika anda diberi peluang memilih hanya satu produk solek untuk digunakan sepanjang hayat, apakah pilihan anda? Tanpa ragu-ragu, pilihan GBC pasti maskara. Ia adalah produk kecantikan paling transformatif yang pernah wujud. Ia adalah produk kecantikan paling transformatif yang pernah wujud. Mendefinisikan bulu mata anda memberikan hasil yang benar-benar membuka mata, menjadikannya kelihatan lebih besar dan bersinar.
Berdasarkan soalan-soalan yang sering ditanya kepada Editor GBC, memilih maskara yang tepat adalah soalan paling kerap! Mencadangkan maskara terbaik bukanlah satu tugas yang mudah. Tidak wujud maskara yang sesuai untuk semua orang, jadi prestasi maskara sering membahagikan pendapat. Kuncinya adalah untuk mengenalpasti keperluan bulu mata anda, adakah anda mencari volum, panjang, lentikan, atau sesuatu yang lain? Apa jua keperluan anda, anda akan menemui cadangan yang sesuai di sini.
Ini 5 pilihan Editor GBC setelah berbulan mencuba...
GBC Dedah Jung Kook BTS Duta Global Baharu CHANEL Beauty
Ikon pop global ini mencipta sejarah baharu dengan perkongsian mewah bersama rumah fesyen ikonik Perancis, menandakan era baharu dalam industri kecantikan dan wangian mewah. GBC setuju!
GBC Lulus Advent Calendar Diptyque, Jo Malone London untuk 2025
Sempena bulan Disember ini, raikan musim festival atau percutian dengan memilih hadiah istimewa buat insan tersayang. GBC Lulus 5 Advent Calendar 2025
GBC Lulus Mochi Skin Trend Yang Kini Viral di TikTok!
Kulit lembut, kenyal dan gebu seperti kek beras Jepun? Inilah rahsia di sebalik trend mochi skin yang kini menjadi kegilaan di TikTok! Dunia kecantikan tidak pernah berhenti mengagumkan kita dengan pelbagai trend penjagaan kulit yang inovatif.
GBC Cuba Lip Sleeping Mask Edisi Terhad Laneige Di The Exchange TRX
Butik eksklusif terbaharu jenama ikonik Korea ini menjanjikan pengalaman kecantikan yang tiada tandingan. GBC cuba Edisi Terhad Lip Sleeping Mask Swirl menggabungkan inovasi hidrasi di butik terkini Laneige di The Exchange TRX.
Kuala Lumpur menyaksikan detik glamor apabila LANEIGE Malaysia, jenama kecantikan global di bawah naungan Amorepacific, melancarkan butik eksklusifnya di The Exchange TRX Mall pada 26 November 2025. Acara pembukaan rasmi yang dihadiri oleh media dan tetamu istimewa ini menandakan babak baharu dalam dunia penjagaan kulit mewah di Malaysia. I diraikan dengan serba eksklusif dan diketuai oleh pasukan kepimpinan LANEIGE bersama eksekutif Lendlease. Butik baharu ini bukan sekadar ruang runcit, ia adalah destinasi yang mempersembahkan falsafah jenama "OPEN TO WONDER", mencipta persekitaran yang memukau di mana pengunjung dapat menerokai dan merasai sendiri produk-produk inovatif LANEIGE.

GBC Tanya Apo Nattawin Di House of Creed Tentang Wangian Kegemarannya
Kuala Lumpur dikejutkan dengan kehadiran aktor terkenal Thailand, Apo Nattawin! GBC bertemu dengannya di House of Creed. Katanya, inilah wangian yang buat dia jatuh cinta. Pavilion Kuala Lumpur menjadi tumpuan penggemar fesyen dan wangian mewah apabila House of Creed melancarkan butik eksklusif pertamanya di Malaysia dengan kehadiran istimewa pelakon Thailand yang terkenal di peringkat antarabangsa, Apo Nattawin Wattanagitiphat. Apo Nattawin, yang terkenal dengan peranannya dalam siri drama popular KinnPorsche dan filem Man Suang, membawa aura glamor dan keanggunan ke acara berkenaan. Pelakon berusia 31 tahun ini dilahirkan pada 24 Februari 1994 Bertemu Erwin Creed, Pewaris Generasi Ketujuh
Secara eksklusif, GBC tanya Apo Nattawin Mengenai Wangian Yang Buat Wanita Jatuh Cinta Dengannya…
GBC Cuba Tip Solekan Holidaydrama Armani beauty
Armani beauty tampil bersama Holidayrama yang penuh glamor untuk menyemarakkan musim festival dan GBC cuba tip solekan untuk riasan mata memukau dengan sentuhan sinematik yang mempesonakan.