GBC Love Wellness: Raikan Ahli Dengan Sesi Manicure Eksklusif di Bukit Tunku
GBC Love Wellness kembali minggu lalu dengan acara eksklusif yang berlangsung di POSH Nail Spa, Bukit Tunku. Dihadiri oleh ahli GBC, sesi kali ini dirancang untuk memberi ruang kepada ahli menikmati pengalaman santai sambil meraikan keindahan self-care menerusi sesi manicure.
Berbeza daripada siri sebelum ini, acara kali ini berfokus kepada sesi manicure yang menggabungkan rawatan ringkas, perkongsian tip kecantikan dan aktiviti praktikal. Selain mencantikkan kuku, peserta juga berpeluang belajar teknik mudah yang boleh diamalkan sendiri di rumah.
Tidak ketinggalan, acara turut diserikan dengan door gift premium serta sajian makanan dan minuman yang ditaja khas. Gabungan aktiviti, hadiah dan suasana mesra menjadikan acara ini satu lagi kenangan bermakna dalam siri Love Wellness.
GBC Love Wellness: Mandi Onsen & Terapi Urutan Mewah di Urban Retreat Onsen Spa
Dalam kesibukan rutin harian, tubuh dan minda sering terlepas peluang untuk benar-benar berehat. Menyedari keperluan ini, GBC kembali dengan sesi kedua 'love wellness' di Urban Retreat Onsen Spa, Sunway 163 Mall minggu lalu. Acara eksklusif ini memberi peluang ahli GBC menikmati pengalaman mandi onsen sambil dimanjakan dengan rawatan spa yang dirancang khusus demi kesejahteraan diri.
Sejurus melangkah masuk, tetamu disambut dengan suasana ala spa Jepun yang mendamaikan dengan pencahayaan lembut, haruman aromaterapi yang menenangkan dan alunan muzik halus yang seakan membawa mereka jauh dari kesibukan kota. Suasana itu menjadi permulaan sempurna untuk para peserta menekan butang “pause” dan menyerahkan diri kepada pengalaman istimewa yang menanti.
Namun, acara ini bukan sekadar santai semata-mata. Ia turut mengingatkan bahawa self-care perlu menjadi amalan konsisten. Bagi sesi kali ini, setiap peserta diberi peluang merasai gabungan rawatan spa menyeluruh selama 60 minit yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing.
GBC Love Wellness: Tyra Kamaruzzaman Dedah Rutin Self-Care Untuk Jiwa Tenang
GLAM Beauty Club menemubual bersama Tyra Kamaruzzaman mengenai pendekatan peribadinya dalam menjaga kesejahteraan diri.
GBC Love Wellness: Healing Bunyi di Sages KL
Dalam dunia yang serba sibuk, ruang untuk berehat dan kembali fokus kepada diri sendiri semakin bernilai. Inilah semangat di sebalik sesi pertama GBC Love Wellness yang berlangsung minggu lalu di lokasi eksklusif Sages KL. Acara ini menghimpunkan ahli-ahli GBC dalam sebuah pengalaman pemulihan diri yang unik, melalui pendekatan sound bath therapy yang dibimbing oleh fasilitator berpengalaman, Sheriza Fazleen.
Sheriza Fazleen, pengasas @surrenderandfeel, ialah seorang pengamal terapi tenaga yang mengkhusus dalam sound bath therapy, yang mana satu kaedah penyembuhan berasaskan getaran bunyi daripada instrumen seperti crystal singing bowls, chimes, dan gong. Beliau membimbing para peserta melalui sesi yang memberi penekanan kepada keseimbangan tenaga dalaman, pelepasan tekanan emosi dan pemulihan spiritual.
GBC Love Wellness: Daiyan Trisha Kongsi Ritual Self-Care Istimewa
Bersempena dengan GBC Love Wellness 2025, GLAM Beauty Club berpeluang menemubual bersama, Daiyan Trisha mengenai rutin self-care yang diamalkannya.
1. Seperti yang ramai lihat, Daiyan mempunyai rambut yang sihat dan tebal—bagaimana Daiyan maintain rambut walaupun sering kena styling untuk show mahupun di set penggambaran?
Daiyan sentiasa ke salon untuk membuat treatment setiap bulan. Kerapkan moisturise rambut anda, pakai hair masque dan serum. Plan my days around hair wash. Hari yang Daiyan kena basuh rambut, saya akan schedule workout/exercise supaya tidak perlu untuk membasuh rambut berkali-kali.

2. Bagaimana Daiyan mengekalkan kesihatan fizikal dan fokus sambil mengimbangi jadual penggambaran?
GBC Love Wellness: Bagaimana Anna Jobling Stress-Reset!
Bersempena dengan GBC Love Wellness, GLAM Beauty Club sempat menemubual bersama the first Beauty Connoisseur GBC, Anna Jobling mengenai cara dia Stress-Reset!
You don’t need to be everyone’s cup of tea, you don’t need to be “enough” for others. You don’t need to fit a certain “beauty standard” for others..Anna JoblingStree-Reset bukanlah satu perkara yang patut diambil remeh dan ini juga dipersetujui oleh aktres cantik, Anna Jobling. Jelasnya, dirinya kini sibuk di negara jiran dan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bukanlah satu perkara yang mudah. Ia banyak mengorbankan masa, tenaga dan diri. Namun, sebagai aktres ianya sudah menjadi tanggungjawab utama. GBC menemubual bersama Anna selanjutnya mengenai perihal kesihatan dan kecantikan dirinya pula.

Kulit Anna bersihnya… bagaimana you jaga kesihatan kulit walaupun sibuk di set pengambaran? Tekaan GBC jika di set sudah tentu pelakon itu disolek tebal?
Bagi Anna, perkara terbaik dalam menjaga kulit adalah dengan mempunyai rutin penjagaan kulit yang baik dan konsisten melakukannya. Menyediakan kulit supaya terhidrat sebelum memakai solekan juga penting kerana jika di set saya akan berada selama lebih 12 jam hampir setiap hari. I also prefer a more matte finish foundation as I won’t be needing to touch up, jadi ia menghalang kulit saya daripada kelihatan cakey!GBC Love Wellness: Promosi Eksklusif Untuk Anda yang Mahukan Transformasi Holistik Menyeluruh
Rebut peluang keemasan ini dengan promosi eksklusif untuk GBC Love Wellness, satu inisiatif istimewa daripada GLAM Beauty Club untuk anda yang mengutamakan kesejahteraan minda, tubuh dan emosi. Program ini bukan sekadar acara kecantikan biasa, sebaliknya satu perjalanan holistik yang direka untuk menyegarkan kembali rutin self-care anda, menaikkan keyakinan diri dan membina gaya hidup lebih seimbang.
Terbuka kepada semua ahli GBC, termasuk yang baru mendaftar, GBC Love Wellness akan berlangsung sepanjang Ogos hingga September 2025. Ia menampilkan pelbagai aktiviti seperti terapi badan, meditasi bunyi, aqua fitness, sesi spa, sauna dan dandanan rambut, semuanya dipilih khas untuk membantu anda reset dari tekanan harian dan menyuburkan semula tenaga dalaman.
Selain menyertai aktiviti menarik, anda juga berpeluang menjadi sebahagian daripada komuniti wanita yang positif, menerima door gift eksklusif, dan mencipta tabiat penjagaan diri yang lebih konsisten. Setiap sesi bukan sahaja memberi manfaat fizikal, tetapi juga memberi ruang untuk anda bernafas dan kembali selari dengan diri sendiri.
“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk…”- Eyka Farhana
Aktres cantik Eyka Farhana sentiasa hadir bersedia, cantik dan segar walaupun dirinya hanya tidur 1 Jam. GBC tanya apakah rahsia empunya diri rutin cantiknya di kala Take-Off. GBC mendekati aktres cantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Apa yang menarik perhatian GBC adalah rutin penjagaan kulit wajahnya yang tidak pernah pudar momentumnya. Sentiasa bersedia dengan produk-produk penjagaan kulit wajahnya. Hendaklah sekarang ini, dia sibuk menghadiri jemputan ke acara dalam and luar negara. Bagaimana dia kekal cantik walaupun kepenatan! Ikuti sembang cantik GBC bersama Eyka Farhana. Mungkin anda boleh mengikuti nasihatnya?...
Apakah satu rutin penjagaan kulit anda yang tidak pernah tinggal walaupun anda sibuk?
Tidak kira betapa padatnya hari saya, sama ada saya di set penggambaran, ke acara, atau mengejar penerbangan lewat malam. Saya tidak pernah tinggal untuk membersihkan wajah. It’s my reset button! Muka yang bersih adalah asas untuk segala-galanya, dan ia membantu kulit saya bernafas selepas memakai solekan sepanjang hari.