GBC Love Wellness 2025 Archives - Glam Beauty Club
?>

Dalam dunia moden yang serba pantas, rutin self-care sering terpinggir di sebalik tanggungjawab dan tekanan harian. Namun, melalui recap GBC Love Wellness, GLAM Beauty Club meraikan misi untuk mengembalikan makna sebenar penjagaan diri dengan enam pengalaman eksklusif yang menenangkan minda, menyegarkan tubuh, dan menyuburkan jiwa.

Setiap acara dalam siri ini menggabungkan unsur relaksasi, kecantikan dan kesihatan holistik dari sound bath therapy, onsen spa, hingga aqua fitness dan ice bath therapy. Ia bukan sekadar aktiviti, tetapi perjalanan untuk mengenali semula diri dan meraih keseimbangan yang tulen.

Jom kita selami kembali detik paling berkesan dalam recap GBC Love Wellness, di mana setiap pengalaman menjadi simbol kasih sayang terhadap diri sendiri.

Minggu lalu, GLAM Beauty Club (GBC) menutup tirai siri #GBCLoveWellness2025 dengan penuh gaya di Rise & Plunge, Bangsar Village II. Acara penutup ini dirancang dengan istimewa kerana setiap ahli yang hadir berpeluang merasai sendiri gabungan dua pengalaman berbeza: terapi sauna yang menenangkan diikuti dengan ice bath yang menyegarkan. Ia menjadi satu perjalanan kesejahteraan lengkap yang menggabungkan cabaran fizikal dan ketenangan jiwa.

Sebagai acara terakhir dalam siri ini, suasana terasa hangat dan penuh semangat kebersamaan. Ahli GBC menyertai kedua-dua aktiviti dengan penuh keterujaan, bermula dengan kehangatan sauna sebelum melangkah ke sesi ice bath. Gabungan ini menjadikan pengalaman lebih seimbang, tubuh diberi peluang berehat sambil minda diuji dengan cabaran yang memberi kekuatan baharu.

Ahli GLAM Beauty Club (GBC) diraikan minggu lalu dalam siri GBC Love Wellness yang cukup mendapat sambutan hangat. Kali ini, acara berlangsung di Sunway Resort dengan aktiviti utama iaitu sesi aqua fitness yang penuh bertenaga, disertai DIY Lemonade yang segar dan menyeronokkan. Gabungan aktiviti ini memberi pengalaman yang seimbang antara kecergasan dan santai.

Lebih daripada sekadar acara, GBC Love Wellness memberi peluang untuk ahli keluar seketika daripada kesibukan rutin harian. Dengan suasana eksklusif di Sunway Resort, ia menjadi ruang untuk berhubung, berkongsi momen istimewa dan meraikan gaya hidup sihat bersama komuniti GBC.

Seperti edisi sebelum ini, acara ini terus menekankan pentingnya self-care. Daripada aktiviti kecergasan hingga sentuhan santai, setiap elemen dirancang untuk memastikan ahli GBC merasai pengalaman yang bermakna dan bernilai.

Tidak lengkaplah percutian tanpa produk yang sesuai untuk dibawa! GBC Lulus 7 produk yang dipilih khas untuk anda sebelum ke destinasi holistik. Siapa yang tidak inginkan percutian yang relaksi jiwa dan minda atau terma zaman sekarang ini percutian holistik! Pagi hingga ke petang bekerja, kadangkala membawa ke larut malam hanya mencari sesuap nasi! Baru-baru ini GLAM Beauty Club ada menganjurkan sesi eksklusif buat pertama kali yang direka khas untuk ahli GBC yang setia. GBC Love Wellness adalah siri kecantikan dan kesihatan holistik yang direka khas untuk ahli, sebanyak enam siri dipilih berbeza hari dan bulan, hanya untuk ahli menikmati aktiviti yang dianjurkan dari Soundbath hinggalah ke Ice Bath! Walaupun GBC tidak membawa ahli ke destinasi holistik, namun GBC menyediakan hadiah istimewa bersesuaian untuk anda yang plan bercuti untuk menenangkan jiwa. Sebanyak 7 produk kecantikan pilihan GBC, wajib jangan tinggal di rumah!

Bangsar baru-baru ini menjadi lokasi istimewa apabila GBC Love Wellness menganjurkan acara eksklusif untuk siri ke-4 di salon COCOdry. Sejak melangkah masuk, ahli GBC disambut hangat oleh pasukan COCOdry dalam suasana mesra dan elegan. Acara ini memberi tumpuan utama kepada seni dandan rambut, bukan hanya sebagai rutin kecantikan harian, tetapi sebagai pengalaman yang dirangka dengan penuh inspirasi dan sentuhan eksklusif.

Sesi dandan rambut dalam acara ini ditampilkan sebagai lambang keyakinan dan ekspresi diri. Lebih daripada sekadar menggayakan penampilan, ia mencerminkan personaliti serta gaya hidup setiap individu. Ahli GBC yang hadir berpeluang memperdalam ilmu, mencuba teknik baharu dan bertukar pandangan, sambil menikmati suasana santai bersama komuniti yang berkongsi minat serupa.

GBC Love Wellness kembali minggu lalu dengan acara eksklusif yang berlangsung di POSH Nail Spa, Bukit Tunku. Dihadiri oleh ahli GBC, sesi kali ini dirancang untuk memberi ruang kepada ahli menikmati pengalaman santai sambil meraikan keindahan self-care menerusi sesi manicure.

Berbeza daripada siri sebelum ini, acara kali ini berfokus kepada sesi manicure yang menggabungkan rawatan ringkas, perkongsian tip kecantikan dan aktiviti praktikal. Selain mencantikkan kuku, peserta juga berpeluang belajar teknik mudah yang boleh diamalkan sendiri di rumah.

Tidak ketinggalan, acara turut diserikan dengan door gift premium serta sajian makanan dan minuman yang ditaja khas. Gabungan aktiviti, hadiah dan suasana mesra menjadikan acara ini satu lagi kenangan bermakna dalam siri Love Wellness.

Lain individu lain cara mereka hilang stress! Sempena GBC Love Wellness 2025, GBC tanya Nabila Huda bagaimana dia hilang stress? Nabila Huda  

1. Jika hanya ada tiga produk cantik paling penting dalam hidup anda, apakah ia?

Kenapa perlu tiga kalau satu produk boleh rawat segalanya! Coconut Oil! Percayalah ia boleh merawat dari rambut hingga ke hujung kaki. Malah, boleh digunakan juga sebagai pati wangian semula jadi dan tahan lama baunya…

Dalam dunia yang serba sibuk, ruang untuk berehat dan kembali fokus kepada diri sendiri semakin bernilai. Inilah semangat di sebalik sesi pertama GBC Love Wellness yang berlangsung minggu lalu di lokasi eksklusif Sages KL. Acara ini menghimpunkan ahli-ahli GBC dalam sebuah pengalaman pemulihan diri yang unik, melalui pendekatan sound bath therapy yang dibimbing oleh fasilitator berpengalaman, Sheriza Fazleen.

Sheriza Fazleen, pengasas @surrenderandfeel, ialah seorang pengamal terapi tenaga yang mengkhusus dalam sound bath therapy, yang mana satu kaedah penyembuhan berasaskan getaran bunyi daripada instrumen seperti crystal singing bowls, chimes, dan gong. Beliau membimbing para peserta melalui sesi yang memberi penekanan kepada keseimbangan tenaga dalaman, pelepasan tekanan emosi dan pemulihan spiritual.

Bersempena dengan GBC Love Wellness, GLAM Beauty Club sempat menemubual bersama the first Beauty Connoisseur GBC, Anna Jobling mengenai cara dia Stress-Reset!

You don’t need to be everyone’s cup of tea, you don’t need to be “enough” for others. You don’t need to fit a certain “beauty standard” for others..Anna Jobling
Stree-Reset bukanlah satu perkara yang patut diambil remeh dan ini juga dipersetujui oleh aktres cantik, Anna Jobling. Jelasnya, dirinya kini sibuk di negara jiran dan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bukanlah satu perkara yang mudah. Ia banyak mengorbankan masa, tenaga dan diri. Namun, sebagai aktres ianya sudah menjadi tanggungjawab utama. GBC menemubual bersama Anna selanjutnya mengenai perihal kesihatan dan kecantikan dirinya pula. Anna Jobling GBC  

Kulit Anna bersihnya… bagaimana you jaga kesihatan kulit walaupun sibuk di set pengambaran? Tekaan GBC jika di set sudah tentu pelakon itu disolek tebal?

Bagi Anna, perkara terbaik dalam menjaga kulit adalah dengan mempunyai rutin penjagaan kulit yang baik dan konsisten melakukannya. Menyediakan kulit supaya terhidrat sebelum memakai solekan juga penting kerana jika di set saya akan berada selama lebih 12 jam hampir setiap hari.  I also prefer a more matte finish foundation as I won’t be needing to touch up, jadi ia menghalang kulit saya daripada kelihatan cakey!