GLAM Beauty Club Archives - Glam Beauty Club
?>

Rahsia untuk kelihatan cantik sepanjang hari adalah dengan rutin penjagaan kulit yang baik sebelum tidur. Ramai memandang rendah terhadap kepentingannya dan kesal akan kesan buruk pada wajah di kemudian hari. GBC Dedah Ini Dilakukan Oleh Ameera Khan! Walaupun penjagaan kulit pada waktu malam amat penting kerana waktu malam adalah waktu yang paling sesuai untuk regenerasi kulit iaitu proses menggantikan sel kulit mati dengan yang baru. Penjagaan kulit menawarkan pelbagai manfaat yang mana dapat memberi kebaikan kepada kulit yakni ia dapat melindungi kulit anda kepada menjadikannya lebih berseri. Berikut beberapa tip penjagaan muka sebelum tidur yang perlu anda amalkan dengan kerap jika mahu melihat perbezaannya!

Tip Penjagaan Wajah Ameera Khan Sebelum Tidur Untuk Ahli GBC Amalkan

Mewah! Itulah momen pertama kala melangkah ke ruang eksklusif Spa De La Mer yang terletak Suria KLCC, Malaysia. Editor GBC dijemput untuk reviu sesi rawatan wajah secara eksklusif dan menjadi individu pertama mencuba rawatan mewah yang ditawarkan di Spa De La Mer. Suasana yang menenangkan segera menyambut. Pencahayaan lembut, tekstur mengalir seperti ombak, dan suasana di Spa de La Mer yang mengajak kepada ketenangan dan pemulihan mencipta ruang pelarian multisensori di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur. Pembukaan spa ini menandakan detik penting bagi jenama La Mer di Malaysia, di mana inovasi penjagaan kulit bertemu dengan kemewahan sensori melalui tenaga penyembuhan dari laut. Spa baharu ini adalah testimoni kepada warisan La Mer, menawarkan tetamu ruang di mana sains dan kemewahan sensori bertemu dalam harmoni yang sempurna. La Mer KLCC

GBC Guest Writer minggu ini bersama ahli GLAM Beauty Club, Fera Ibrahim yang berkongsi cerita mengenai pengalamannya dari wanita biasa kini semakin berani dan gemarkan rutin Wellness. Ikuti kisah menariknya... Perkongsian cerita dan pengalaman oleh ahli GBC, Fera Ibrahim tentang perjalanan kecantikan dan kesihatan dirinya. "Saya obses dengan perihal kecantikan atau segalanya mengenai cantik, namun sejak kebelakangan ini saya cabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Dan siapa sangka kini saya aktif dalam sukan seni mempertahankan diri, Muay Thai dari hanya 'cuba-cuba' kini menjadi rutin harian." FERA IBRAHIM

1. Masalah yang sering dihadapi saya, terutama apabila kulit mula... 

Rutin saya sekarang lebih fokus pada kelembapan dan perlindungan. Kerana saya seorang yang aktif berpeluh dan sering berada di outdoor, kulit mula tanpa kering, tidak sekata. Apa yang saya lakukan adalah dengan memilih pembersih wajah lembut, kemudian toner, serum vitamin C, pelembap, dan pelindung matahari. Waktu malam pula, saya buat double cleansing dan sapukan krim malam atau sleeping mask yang menyuburkan kulit. Memang tip, double cleansing ini benar-benar berhasil.

Aktres Indonesia terkenal, Syifa Hadju berkongsi secara jujur tentang transformasi kulitnya kepada GBC kenapa kulitnya terusan glowing, sihat dan sentiasa bersinar saban bulan.

Pelakon cantik Indonesia, Syifa Hadju  kini menjadi buah mulut apabila dia dilamar oleh kekasih hatinya, El Rumi. Bukan itu sahaja yang menjadi tumpuan, tetapi rutin kecantikannya juga menjadi tumpuan utama, wanita cantik ini yang juga sangat mementingkan penjagaan kulit wajahnya. GBC dedah apa yang dilakukan oleh Syifa Hadju dan ini anda boleh lakukan.

Syifa Hadju Artikel berkaitan GBC Lulus: 4 Skin Tint Pilihan Editor GBC

Selama ini anda ingat hanya wajah perlukan krim malam? Jangan lupa tentang rambut kerana ia juga akan melalui proses penuaan! GBC dedah produk ini dikatakan dapat memulihkan rambut kembali bersinar dalam masa singkat. 

Apa itu 'Night Cream' rambut? Produk ini terinspirasi daripada rutin penjagaan wajah malam yang sering kita pratikkan. Konsepnya mudah, kalau kulit wajah boleh dapat rawatan pemulihan semasa kita tidur, kenapa tak rambut juga? Jenama penjagaan rambut mewah, Oribe memperkenalkan Gold Lust Night Crème yang menggunakan teknologi Biomimetic Repair yang bertindak untuk meniru proses peremajaan semula jadi kulit pada waktu malam.

Oribe

GBC Yakin Inilah Produk Yang Anda Nantikan...

Wangian rambut adalah game changer terbesar dalam dunia kecantikan 2025! Setiap semburan memberikan menyerlahkan peribadi diri. GBC Lulus 7 terbaik di pasaran masa kini. Dunia kecantikan tahun 2025 beralih kepada trend wangian rambut. Tidak lagi sekadar menggunakan hair mist biasa, kini ia memberikan wangian tahan lama pada rambut tanpa merosakkan helaian rambut.

1. Sol de Janeiro Cheirosa 62 Bum Bum Hair & Body Fragrance Mist

Wangian ikonik Brazilian Bum Bum Cream dalam bentuk mist. Dengan aroma vanilla salted caramel yang manis dan hangat, ia memberikan pengalaman tropikal yang mewah dan telah menjadi salah satu bestseller di Sephora. Sol de Janeiro

2. Gris Dior Hair Mist

Jenama ikonik Dior menawarkan hair mist yang sophisticated dengan wangian yang kompleks dan mewah. Formula yang diformulasikan khas untuk rambut memberikan perlindungan sambil meninggalkan aroma yang tahan lama, menjadikannya pilihan para beauty connoisseur yang mencari sesuatu yang istimewa. Gris Dior

Dalam dunia moden yang serba pantas, rutin self-care sering terpinggir di sebalik tanggungjawab dan tekanan harian. Namun, melalui recap GBC Love Wellness, GLAM Beauty Club meraikan misi untuk mengembalikan makna sebenar penjagaan diri dengan enam pengalaman eksklusif yang menenangkan minda, menyegarkan tubuh, dan menyuburkan jiwa.

Setiap acara dalam siri ini menggabungkan unsur relaksasi, kecantikan dan kesihatan holistik dari sound bath therapy, onsen spa, hingga aqua fitness dan ice bath therapy. Ia bukan sekadar aktiviti, tetapi perjalanan untuk mengenali semula diri dan meraih keseimbangan yang tulen.

Jom kita selami kembali detik paling berkesan dalam recap GBC Love Wellness, di mana setiap pengalaman menjadi simbol kasih sayang terhadap diri sendiri.

Wangian baharu yang berkonsepkan pengisian semula pilihan Win Metawin untuk Prada Paradigme. Aroma maskulin dan Ambery Woody pilihannya buat masa kini! Sejak tahun 1913, Prada telah mencipta dialog dan mempersoalkan konvensyen, mengundang eksperimen kreatif untuk membuka perspektif baharu. Hari ini, kisah tersebut diteruskan dengan Prada Paradigme iaitu sebuah wangian yang dicipta dalam misi penjelajahan, Prada Paradigme mengkaji interaksi antara diri dalaman dan dunia luar. Aroma Ambery Woody yang artistik dan kompleks dalam kesederhanaannya menyerlahkan gaya maskulin buat pemakainya. Win Metawin

GBC Eksklusif bersama aktor Thailand kesayangan ramai, Sky Wongravee di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur. Sempena pelancaran jenama wangian mewah, Montblanc untuk koleksi terkini Explorer Extreme. Kuala Lumpur hangat dengan kehadiran bintang popular Thailand, Sky Wongravee baru-baru ini di Suria KLCC. Aktor kacak ini hadir sempena pelancaran eksklusif wangian terkini Montblanc, Explore Extreme. GBC sempat tanya secara eksklusif untuk sesi bersamanya di Bar Trigona, Hotel Four Seasons, katanya dia suka mengembara secara tenang sambil menghirup aroma di Cozy Cabin. Sky

Saat anda sembur wangian Montblanc Explore Extreme... Apakah memori anda?

Ia mengingatkan saya saat mengembara ke tempat atau destinasi baru yang belum pernah diterokai! Pengalaman ini sangat mengujakan!

Masalah rambut gugur bukan perkara baru! Ia seringkali berlaku terutama apabila anda kerap mewarna rambut atau melakukan perm! Akhirnya GBC temui rawatan rambut paling mujarab untuk masalah keguguran rambut! Inilah solusi yang berjaya GBC temui iaitu SUBLIMIC! Tahukah anda yang SUBLIMIC menawarkan rawatan anti-keguguran rambut melalui teknologi Sound Wave Professional yang diinspirasikan oleh sains, holistik dan Omotenashi. GBC pernah mencuba barisan SHISEIDO SUBLIMIC ADENOVITAL yang merawat masalah rambut gugur, " Walaupun hanya rutin penjagaan rambut di rumah, rambut saya semakin nampak perubahan. Semakin lebat dan anak rambut tumbuh meliar! Saya ada masalah postpartum hair fall, apabila saya diperkenalkan dengan produk ini ternyata ia mengubah perspesi saya." kata Pengarah Kecantikan GLAM. Lebih baik digandakan bersama Sound Wave Professional.