GBC Love Wellness: Promosi Eksklusif Untuk Anda yang Mahukan Transformasi Holistik Menyeluruh
Rebut peluang keemasan ini dengan promosi eksklusif untuk GBC Love Wellness, satu inisiatif istimewa daripada GLAM Beauty Club untuk anda yang mengutamakan kesejahteraan minda, tubuh dan emosi. Program ini bukan sekadar acara kecantikan biasa, sebaliknya satu perjalanan holistik yang direka untuk menyegarkan kembali rutin self-care anda, menaikkan keyakinan diri dan membina gaya hidup lebih seimbang.
Terbuka kepada semua ahli GBC, termasuk yang baru mendaftar, GBC Love Wellness akan berlangsung sepanjang Ogos hingga September 2025. Ia menampilkan pelbagai aktiviti seperti terapi badan, meditasi bunyi, aqua fitness, sesi spa, sauna dan dandanan rambut, semuanya dipilih khas untuk membantu anda reset dari tekanan harian dan menyuburkan semula tenaga dalaman.
Selain menyertai aktiviti menarik, anda juga berpeluang menjadi sebahagian daripada komuniti wanita yang positif, menerima door gift eksklusif, dan mencipta tabiat penjagaan diri yang lebih konsisten. Setiap sesi bukan sahaja memberi manfaat fizikal, tetapi juga memberi ruang untuk anda bernafas dan kembali selari dengan diri sendiri.
“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk…”- Eyka Farhana
Aktres cantik Eyka Farhana sentiasa hadir bersedia, cantik dan segar walaupun dirinya hanya tidur 1 Jam. GBC tanya apakah rahsia empunya diri rutin cantiknya di kala Take-Off. GBC mendekati aktres cantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Apa yang menarik perhatian GBC adalah rutin penjagaan kulit wajahnya yang tidak pernah pudar momentumnya. Sentiasa bersedia dengan produk-produk penjagaan kulit wajahnya. Hendaklah sekarang ini, dia sibuk menghadiri jemputan ke acara dalam and luar negara. Bagaimana dia kekal cantik walaupun kepenatan! Ikuti sembang cantik GBC bersama Eyka Farhana. Mungkin anda boleh mengikuti nasihatnya?...
Apakah satu rutin penjagaan kulit anda yang tidak pernah tinggal walaupun anda sibuk?
Tidak kira betapa padatnya hari saya, sama ada saya di set penggambaran, ke acara, atau mengejar penerbangan lewat malam. Saya tidak pernah tinggal untuk membersihkan wajah. It’s my reset button! Muka yang bersih adalah asas untuk segala-galanya, dan ia membantu kulit saya bernafas selepas memakai solekan sepanjang hari.
GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki
Lip Oil kini menjadi fenomena! GBC yakin dalam beg tangan anda pasti ada produk ini. GBC Lulus 5 Lip oil yang menjadi pilihan selebriti terkenal dan mudah dimiliki.
Trend Lip Oil yang viral ini bukanlah sekadar fenomena sementara - ia telah menjadi revolusi dalam dunia kecantikan. Berbeza dengan lip gloss tradisional yang sering kali melekit dan berat, Lip Oil menawarkan formula yang lebih ringan dengan kesan kilauan yang natural. Produk ini telah menjadi pilihan utama influencer dan selebriti kerana kemampuannya memberikan efek "glass skin" pada bibir sambil menghidrasi sepanjang hari.
The GLAMazing Box, Kejutan Istimewa Sempena Lebaran GLAM Beauty Club X The Body Shop
Bersempena edisi lebaran tahun ini, GLAM Beauty Club berkolaborasi bersama The Body Shop dengan memperkenalkan The GLAMazing Box.
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Signature Product of All Time
CHANEL COCO MADEMOISELLE meraih sokongan majoriti, telah dinobatkan sebagai Best Signature Product of All Time kerana keunikan aroma ikoniknya.
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Sustainable Hair Care
Kérastase L’Huile Originale Elixir Ultime, Refillable Hair Oil memikat hati para juri dan dipilih sebagai “Best Sustainable Hair Care”
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Skin-Tech Luxury Face Cream
Lancôme Absolue Soft Cream membuktikan keunggulannya apabila dipilih sebagai pemenang kategori “Best Skin-Tech Luxury Face Cream”
GBC Lulus: 5 Patch Mata Anti-Sembab
Selamat tinggal mata sembab dan letih! Lima patch mata premium yang hadir dengan pelbagai fungsi bakal menjadi penyelamat anda!