GBC Temui Rawatan Paling Mujarab Untuk Rambut Gugur
Masalah rambut gugur bukan perkara baru! Ia seringkali berlaku terutama apabila anda kerap mewarna rambut atau melakukan perm! Akhirnya GBC temui rawatan rambut paling mujarab untuk masalah keguguran rambut! Inilah solusi yang berjaya GBC temui iaitu SUBLIMIC! Tahukah anda yang SUBLIMIC menawarkan rawatan anti-keguguran rambut melalui teknologi Sound Wave Professional yang diinspirasikan oleh sains, holistik dan Omotenashi. GBC pernah mencuba barisan SHISEIDO SUBLIMIC ADENOVITAL yang merawat masalah rambut gugur, " Walaupun hanya rutin penjagaan rambut di rumah, rambut saya semakin nampak perubahan. Semakin lebat dan anak rambut tumbuh meliar! Saya ada masalah postpartum hair fall, apabila saya diperkenalkan dengan produk ini ternyata ia mengubah perspesi saya." kata Pengarah Kecantikan GLAM. Lebih baik digandakan bersama Sound Wave Professional.
GBC Raikan Bulan Kesedaran PCOS Bersama Moom Health
Tahukah GBC, bulan September ini adalah bulan kesedaran PCOS. Jenama suplemen wanita, Moon Health anjur ruang untuk wanita berkongsi tentang segalanya perihal wanita.
Jenama suplemen wanita tempatan ini melancarkan siri aktivasi istimewa pada bulan September untuk memberi pendedahan atau kesedaran wanita tentang gangguan hormon yang mempengaruhi 1 daripada 10 wanita di seluruh dunia.
Sejak dilancarkan di Malaysia pada 2024, Moom Health telah berjaya mewujudkan kehadiran yang kukuh dalam kalangan wanita Malaysia melalui penawaran jenama ini iaitu suplemen yang dipersonalisasi, disokong pakar, dan 100% semula jadi. Dicipta untuk wanita Asia moden, pelan suplemen Moom direka untuk menangani keperluan khusus berdasarkan matlamat kesihatan individu dan jenis badan, dan semua produk adalah vegan, semua-semula jadi, mesra halal, bebas GMO dan diperakui KKM.
GBC Dedah Ini Kod Warna YSL Beauty All Hours Glow Foundation Rosé
GBC yakin anda pasti ingin tahu apakah kod warna foundation yang dipakai oleh Rosé Blackpink. Inilah rahsianya…
All Hours Glow Foundation bukan sekadar bedak asas cecair biasa! Ia adalah gabungan canggih antara penjagaan kulit dan kosmetik couture yang mengandungi formula berasaskan serum sebanyak 78%. Bedak asas cecair hibrid ini menggabungkan kepakaran saintifik dengan estetika kosmetik mewah, menjadikannya pilihan wanita yang mahukan litupan sempurna tanpa kerisauan.
Tiga bahan aktif utama menjadi tulang belakang formula untuk All Hours Glow Foundation seperti Asid Hialuronik yang bertindak sebagai pelembap yang mengunci kelembapan sepanjang hari. Malah, menyerlahkan kesan dewy yang sihat dan pancaran dari dalam secara semula jadi. Niacinamide pula berfungsi mencerahkan dan menyamaratakan tona kulit dan membantu mengurangkan masalah ketidaksempurnaan kulit secara beransur-ansur.
Ini Panduan Eksklusif GBC Pilih Losyen Badan Atau Minyak Badan
Asal keluar rumah, pasti ada orang tegur kulit kering! Stress bukan? Ini panduan eksklusif GBC untuk anda pilih samada losyen badan atau minyak badan Kulit kering bukanlah sesuatu yang dibanggakan! Kalau tengok kulit bayi mula nampak tompokan kering pun sudah mampu buat anda panik! Sama juga dengan tubuh badan kita, kulit kering itu buat hati tidak tenteram! Habis semua petualah, produk digunakan namun adakah anda tahu pemilihan produk yang tepat boleh menyelesaikan masalah ini? Hadir produk losyen badan atau sekarang ini minyak badan makin menjadi pilihan adalah pilihan wajib patut ada di rumah. Kedua formulasi mewah ini bekerja dengan satu misi yang sama iaitu memberikan hidrasi mendalam agar kulit tampak dan terasa lebih halus serta lembut bagai sutra. Namun, ia punya perbezaan.
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Signature Product of All Time
CHANEL COCO MADEMOISELLE meraih sokongan majoriti, telah dinobatkan sebagai Best Signature Product of All Time kerana keunikan aroma ikoniknya.
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Sustainable Hair Care
Kérastase L’Huile Originale Elixir Ultime, Refillable Hair Oil memikat hati para juri dan dipilih sebagai “Best Sustainable Hair Care”
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Skin-Tech Luxury Face Cream
Lancôme Absolue Soft Cream membuktikan keunggulannya apabila dipilih sebagai pemenang kategori “Best Skin-Tech Luxury Face Cream”
GBC Lulus: 5 Patch Mata Anti-Sembab
Selamat tinggal mata sembab dan letih! Lima patch mata premium yang hadir dengan pelbagai fungsi bakal menjadi penyelamat anda!