GBC Eksklusif – Tom Ford Meraikan Wangian Black Orchid G-DRAGON & Ji Chang Wook
Seoul baru-baru ini menjadi saksi malam penuh glamour dan gaya apabila Tom Ford meraikan kempen Black Orchid Reserve dengan sebuah acara dinner eksklusif di Futura Seoul. Majlis ini dipimpin sendiri oleh Haider Ackermann, Creative Director Tom Ford dan dihadiri oleh barisan selebriti bertaraf dunia.
Antara tetamu yang mencuri perhatian termasuk Tilda Swinton, G-DRAGON, Ji Chang Wook, Lee Soo Hyuk, Wi Hajun, Jo Woochan, Bailey Drew Sok dan Song Eunseok. Semua kelihatan menawan dalam rekaan Tom Ford, membuktikan sekali lagi bahawa wangian mewah dan fesyen sofistikated memang tak boleh dipisahkan.