GBC Dedah Zoe Saldaña & Demi Moore Sebagai Wajah Global Baharu Lancôme
Dalam langkah terbaharu yang mengukuhkan definisi kecantikan moden, Lancôme mengumumkan penyertaan Zoe Saldaña dan Demi Moore sebagai ahli terkini dalam Collective of Global Ambassadors.
GBC Guest Writer : Skincare at night adalah WAJIB!.. Sheqin
GBC Guest Writer bulan ini menampilkan pempengaruh kecantikan dan wellness, Sheqin, yang terkenal dengan pendekatan ringkas tetapi berkesan dalam menjaga diri. Minat mendalamnya terhadap dunia kecantikan, khususnya dalam solekan dan penjagaan diri, jelas terpancar melalui gaya hidup dan personalitinya yang tenang serta autentik.
Bagi Sheqin, kecantikan bukan sekadar hasil luaran, tetapi refleksi daripada rutin harian yang konsisten dan seimbang. Pendekatannya lebih kepada menghargai asas penjagaan diri, memberi ruang untuk rehat yang mencukupi, serta tidak terburu-buru mengejar trend yang kompleks. Baginya, kesederhanaan yang dilakukan secara berterusan mampu memberikan hasil yang lebih ketara dalam jangka masa panjang.
GBC Love Wellness: Promosi Eksklusif Untuk Anda yang Mahukan Transformasi Holistik Menyeluruh
Rebut peluang keemasan ini dengan promosi eksklusif untuk GBC Love Wellness, satu inisiatif istimewa daripada GLAM Beauty Club untuk anda yang mengutamakan kesejahteraan minda, tubuh dan emosi. Program ini bukan sekadar acara kecantikan biasa, sebaliknya satu perjalanan holistik yang direka untuk menyegarkan kembali rutin self-care anda, menaikkan keyakinan diri dan membina gaya hidup lebih seimbang.
Terbuka kepada semua ahli GBC, termasuk yang baru mendaftar, GBC Love Wellness akan berlangsung sepanjang Ogos hingga September 2025. Ia menampilkan pelbagai aktiviti seperti terapi badan, meditasi bunyi, aqua fitness, sesi spa, sauna dan dandanan rambut, semuanya dipilih khas untuk membantu anda reset dari tekanan harian dan menyuburkan semula tenaga dalaman.
Selain menyertai aktiviti menarik, anda juga berpeluang menjadi sebahagian daripada komuniti wanita yang positif, menerima door gift eksklusif, dan mencipta tabiat penjagaan diri yang lebih konsisten. Setiap sesi bukan sahaja memberi manfaat fizikal, tetapi juga memberi ruang untuk anda bernafas dan kembali selari dengan diri sendiri.