Kembara Cantik 360' Archives - Glam Beauty Club
?>

GBC bangga apabila satu-satunya model Malaysia yang semakin menempah nama di persada tempatan dan antarabangsa terpilih untuk melangkah ke CHANEL Cruise, Singapura.

Suganya Di Pentas Antarabangsa...bagaimana you boleh terpilih untuk CHANEL Cruise 2025 di Singapura?

Ini adalah pengalaman kali pertama saya. Proses casting yang dilalui juga bukan seperti yang biasa kali ini semuanya berlaku secara digital melalui medium email dan video. Kebiasaannya saya perlu hadir ke sesi casting secara face-to-face! Jadi semuanya bermula dengan pantas, dan sehingga hari ini saya masih tidak percaya ianya berlaku dengan begitu cepat. Pengalaman ini membuktikan bahawa walaupun dunia fesyen semakin berubah dengan teknologi, peluang untuk bersinar tetap terbuka luas untuk model Malaysia yang berbakat. Suganya

Mewah! Itulah momen pertama kala melangkah ke ruang eksklusif Spa De La Mer yang terletak Suria KLCC, Malaysia. Editor GBC dijemput untuk reviu sesi rawatan wajah secara eksklusif dan menjadi individu pertama mencuba rawatan mewah yang ditawarkan di Spa De La Mer. Suasana yang menenangkan segera menyambut. Pencahayaan lembut, tekstur mengalir seperti ombak, dan suasana di Spa de La Mer yang mengajak kepada ketenangan dan pemulihan mencipta ruang pelarian multisensori di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur. Pembukaan spa ini menandakan detik penting bagi jenama La Mer di Malaysia, di mana inovasi penjagaan kulit bertemu dengan kemewahan sensori melalui tenaga penyembuhan dari laut. Spa baharu ini adalah testimoni kepada warisan La Mer, menawarkan tetamu ruang di mana sains dan kemewahan sensori bertemu dalam harmoni yang sempurna. La Mer KLCC