Maison Francis Kurkdjian Archives - Glam Beauty Club
?>

Baccarat Rouge 540 adalah simbol kekayaan! Kini tersedia dalam siri botol 250 edisi terhad sold out dalam masa singkat! Hanya boleh didapati di Pavilion KL dan Suria KLCC. Siapa yang tidak mengenali Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540, wangian ikonik lagi premium ini sememangnya tiada tandingan dan masih menduduki carta minyak wangi paling dicari saban tahun. GBC dikhabarkan melalui pengalaman mereka yang memilikinya, aroma tidak akan pernah dilupakan, buat mereka yang memakainya pengalaman itu berbeza seperti berada dalam kelompok golongan elit dan eksklusif. [caption id="attachment_248505" align="aligncenter" width="2560"]Baccarat Rouge 540 Eau de Parfum Baccarat Rouge 540 Eau de Parfum 200ml, bernilai RM2,810, 70ml RM1,420 dan 35ml RM900[/caption] Sebelum anda memilliki Baccarat Rouge 540, ayuh kenali lebih dekat keunikan pembuatan wangian ikonik dunia ini. Baccarat Rouge 540 adalah salah satunya wangian yang mahakarya lahir dari pertemuan dua dunia iaitu kecanggihan kristal Baccarat yang berusia 250 tahun dan kepakaran Maison Francis Kurkdjian yang tiada tandingan.