GBC Dedah Ini Wangian Kegemaran Win Metawin!
Wangian baharu yang berkonsepkan pengisian semula pilihan Win Metawin untuk Prada Paradigme. Aroma maskulin dan Ambery Woody pilihannya buat masa kini!
Sejak tahun 1913, Prada telah mencipta dialog dan mempersoalkan konvensyen, mengundang eksperimen kreatif untuk membuka perspektif baharu. Hari ini, kisah tersebut diteruskan dengan Prada Paradigme iaitu sebuah wangian yang dicipta dalam misi penjelajahan, Prada Paradigme mengkaji interaksi antara diri dalaman dan dunia luar. Aroma Ambery Woody yang artistik dan kompleks dalam kesederhanaannya menyerlahkan gaya maskulin buat pemakainya.