GBC Tanya Sky Wongravee Di Montblanc Extreme Explorer
GBC Eksklusif bersama aktor Thailand kesayangan ramai, Sky Wongravee di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur. Sempena pelancaran jenama wangian mewah, Montblanc untuk koleksi terkini Explorer Extreme.
Kuala Lumpur hangat dengan kehadiran bintang popular Thailand, Sky Wongravee baru-baru ini di Suria KLCC. Aktor kacak ini hadir sempena pelancaran eksklusif wangian terkini Montblanc, Explore Extreme. GBC sempat tanya secara eksklusif untuk sesi bersamanya di Bar Trigona, Hotel Four Seasons, katanya dia suka mengembara secara tenang sambil menghirup aroma di Cozy Cabin.
Saat anda sembur wangian Montblanc Explore Extreme... Apakah memori anda?
Ia mengingatkan saya saat mengembara ke tempat atau destinasi baru yang belum pernah diterokai! Pengalaman ini sangat mengujakan!GBC Dedah Win Metawin Dan Sky Wongravee Berada Di Kuala Lumpur!
Dua aktor kacak Thailand Win Metawin dan Sky Wongravee bakal berada di Kuala Lumpur September ini. Ahli GBC ayuh kita serbu ke lokasi mereka bersama!
Kuala Lumpur bakal dibanjiri dengan peminat dua aktor kacak Thailand yang bakal berada di Kuala Lumpur untu September 2025 ini. Win Metawin bakal turun untuk pelancaran wangian baharu Prada Beauty dan Sky Wongravee pun untuk pelancaran wangian baharu Mont Blanc Fragrance.
GBC Sua Muka Bersama Win Metawin Pada 22 September 2025
Pelakon Thai popular, Win Metawin akan membuat penampilan yang dinanti-nantikan di acara Prada Paradigme Pop-up di Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin, 22 September 2025, jam 3:00 petang. Acara yang berlangsung di pintu masuk utama pusat membeli-belah itu akan mempamerkan wangian maskulin terbaru Prada Beauty, Paradigme.