Whitening Archives - Glam Beauty Club
?>

Pasti anda keliru memilih produk berlabel whitening atau brightening! Bunyi hampir sama, hasil pun sama tetapi tahukah anda ia adalah berbeza dari segi fungsi? GBC Dedah pilihan terbaik

Kita semua pernah berdiri di hadapan rak skincare, mata melilau antara dua produk satu berlabel whitening, satu lagi brightening dan rasa keliru yang sama melanda. Bunyinya hampir serupa, hasilnya nampak sama, tapi hakikatnya? Kedua-duanya adalah dua perkara yang sangat berbeza. Dan silap pilih? Boleh jadi kulit anda yang tanggung akibatnya.

Jadi sebelum anda tambah lagi satu produk ke dalam troli, baca dulu ini:

Brightening: Untuk Kulit Bercahaya, Bukan Bertukar Warna

Mari kita mulakan dengan yang lebih mesra kulit. Brightening bukan tentang menukar warna kulit anda  ia tentang mengembalikan cahaya semula jadi yang dah lama hilang akibat tekanan, pencemaran, dan sinaran UV yang kejam setiap hari.