Win Metawin Archives - Glam Beauty Club
?>

Wangian baharu yang berkonsepkan pengisian semula pilihan Win Metawin untuk Prada Paradigme. Aroma maskulin dan Ambery Woody pilihannya buat masa kini! Sejak tahun 1913, Prada telah mencipta dialog dan mempersoalkan konvensyen, mengundang eksperimen kreatif untuk membuka perspektif baharu. Hari ini, kisah tersebut diteruskan dengan Prada Paradigme iaitu sebuah wangian yang dicipta dalam misi penjelajahan, Prada Paradigme mengkaji interaksi antara diri dalaman dan dunia luar. Aroma Ambery Woody yang artistik dan kompleks dalam kesederhanaannya menyerlahkan gaya maskulin buat pemakainya. Win Metawin

Dua aktor kacak Thailand Win Metawin dan Sky Wongravee bakal berada di Kuala Lumpur September ini. Ahli GBC ayuh kita serbu ke lokasi mereka bersama! 

Kuala Lumpur bakal dibanjiri dengan peminat dua aktor kacak Thailand yang bakal berada di Kuala Lumpur untu September 2025 ini. Win Metawin bakal turun untuk pelancaran wangian baharu Prada Beauty dan Sky Wongravee pun untuk pelancaran wangian baharu Mont Blanc Fragrance.

GBC Sua Muka Bersama Win Metawin Pada 22 September 2025

Prada Beauty Win Metawin

Pelakon Thai popular, Win Metawin akan membuat penampilan yang dinanti-nantikan di acara Prada Paradigme Pop-up di Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin, 22 September 2025, jam 3:00 petang. Acara yang berlangsung di pintu masuk utama pusat membeli-belah itu akan mempamerkan wangian maskulin terbaru Prada Beauty, Paradigme.