7 Sunscreen Terbaik Pilihan Untuk Musim Panas
Cuaca panas yang membahang bukan sahaja memberi cabaran kepada keselesaan harian, malah memberi kesan langsung terhadap kesihatan kulit. Dalam rutin kecantikan harian, penggunaan sunscreen terbaik seharusnya menjadi langkah utama yang tidak boleh dilupakan.
Sinar UVA dan UVB mampu merosakkan kulit, menyebabkan tona tidak sekata, garis halus, dan penuaan pramatang. Oleh itu, penting untuk memilih sunscreen yang bukan sahaja berkesan, tetapi juga selesa dipakai. Berikut tujuh pilihan sunscreen terbaik untuk musim panas, sesuai untuk cuaca tropika dan gaya hidup aktif.
Sunscreen Terbaik Untuk Cuaca di Malaysia
#1 Tatcha The Silk Pore Perfecting Sunscreen SPF 35
Diformulasi khas untuk mengecilkan liang pori dan memberikan kemasan matte yang halus. Teksturnya lembut seperti sutera, menjadikannya pilihan ideal sebelum solekan. Kaya dengan bahan botani Jepun, sunscreen ini bukan sekadar pelindung matahari malah ia juga merawat kulit secara lembut.
#2 LancĂ´me UV Expert Youth Shield Aqua Gel SPF 50
Sunscreen terbaik ini sesuai untuk anda yang ingin perlindungan UV dan antipenuaan dalam satu langkah. Formula gelnya ringan dan memberi kesan segar sejurus disapu. Mengandungi bahan aktif untuk melindungi kulit daripada pencemaran dan radikal bebas. Sangat sesuai untuk anda yang tinggal di kawasan bandar.
#3 Fenty Skin Hydra Vizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30
Gabungan pelembap dan sunscreen dalam satu botol praktikal. Tidak meninggalkan kesan putih dan sesuai untuk semua tona kulit. Kaya dengan niacinamide dan ekstrak buah tembikai, ia membantu mencerahkan kulit dan mengekalkan hidrasi sepanjang hari. Bonus: bauan tropikal yang menyenangkan!
#4 Sulwhasoo UV Daily Defense Fluid SPF 50+ PA++++
Jika anda menggemari jenama mewah dari Korea, ini adalah pilihan tepat. Teksturnya ringan seperti losyen dan mudah meresap ke dalam kulit. Diperkaya dengan herba tradisional Korea yang memberi ketenangan pada kulit sensitif. Memberi perlindungan tinggi tanpa rasa melekit atau berat.
#5 Dr. Jart+ Every Sun Day Mineral Sunscreen Terbaik SPF 50+
Sunscreen fizikal ini sesuai untuk kulit sensitif dan mudah merengsa. Ia menggunakan zink oksida sebagai pelindung semula jadi, tanpa bahan kimia keras. Memberi kemasan semi-matte yang selesa dipakai sepanjang hari. Juga sesuai untuk mereka yang gemar formula mesra kulit dan mesra alam.
#6 Shiseido Clear Sunscreen Stick SPF 50+
Pilihan praktikal untuk anda yang sentiasa bergerak. Sunscreen terbaik ini datang dalam bentuk stik yang mudah dibawa ke mana-mana. Tidak melekit dan boleh disapu semula di atas solekan tanpa merosakkannya. Teknologi WetForce menjadikannya kalis peluh dan air membutkannya ideal untuk aktiviti luar dan bercuti di pantai.
#7 Ultra Violette Queen Screen SPF 50+
Queen Screen dikenali dengan tekstur serum yang sangat ringan dan kemasan dewy yang memukau. Ia sesuai untuk kulit kering dan mereka yang sukakan solekan bersinar semula jadi. Wangian lembut dan pembungkusan menarik menjadikan ia kegemaran ramai dalam dunia kecantikan.
Jadikan Pemakaian Sunscreen Rutin Harian
Cuaca panas bukan alasan untuk abaikan kesihatan kulit. Jadikan sunscreen sebagai sebahagian rutin harian, bukan hanya ketika keluar rumah. Sapukan secukupnya dan ulang semula setiap dua hingga tiga jam jika berada di bawah sinar matahari.
Dengan pilihan sunscreen untuk musim panas yang sesuai, anda bukan sahaja melindungi kulit daripada kerosakan, tetapi juga membantu mengekalkan keremajaan dan keserian semula jadi. Pilih yang terbaik, dan kekalkan disiplin untuk hasil jangka panjang.
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Minyak Rambut Cegah Rambut Gugur Selepas Bersalin