GBC Eksklusif: Ini 3 Tip Kecantikan Nina Ariff, No.3 Wajib Cuba
Si jelita, Nina Ariff berkongsi secara eksklusif rahsia di sebalik kecantikannya ketika GLAM Beauty Club Beautea Soiree. Kemeriahan GLAM Beauty Club Beautea Soiree diserikan dengan kehadiran ramai pencinta kecantikan, termasuk pempengaruh jelita, Nina Ariff yang tampil berkongsi tip dan rahsia kecantikannya.
Terapi ala Korea untuk Tubuh, Minda dan Rambut di KANTIK by GOYO
Melangkah masuk ke KANTIK by GOYO seolah-olah meninggalkan kesibukan kota seketika. Suasana tenang, cahaya lembut dan haruman aroma terapi segera menenangkan minda, menandakan bahawa sesi ini lebih daripada sekadar rawatan, ia adalah sebuah pengalaman menyeluruh untuk tubuh dan jiwa.
GBC & Gucci Beauty Raikan Kreativiti Komuniti Kecantikan Moden
GLAM Beauty Club bersama Gucci Beauty telah berkolaborasi dengan 10 ahli terpilih untuk menghasilkan siri kandungan kreatif yang meraikan ekspresi diri dan perspektif kecantikan moden.
GBC Eksklusif: Peter Philips Mentafsir Keindahan Provence untuk Dior
Musim panas sentiasa menjadi sumber inspirasi paling romantik buat Dior. Tahun ini, maison tersebut membawa imaginasi kecantikan ke La Colle Noire.
GBC Dedah Jang Won Young Sebagai Wajah Baharu Dyson Beauty Asia Pasifik
Dalam dunia beauty yang semakin dipacu teknologi, Dyson kini melangkah lebih jauh dengan mengumumkan Jang Won Young sebagai duta rasmi Dyson Hair Devices bagi rantau Asia Pasifik.
Langkah ini bukan sekadar kolaborasi biasa. Ia mencerminkan bagaimana gaya, ekspresi diri dan inovasi kini bergerak seiring dalam dunia kecantikan moden.
GBC Lulus Potongan Rambut Depan Wispy Bangs
Kalau anda rasa fringe tebal ala blunt bangs terlalu “serious”, mungkin sudah tiba masanya untuk cuba sesuatu yang lebih ringan dan effortless. Wispy bangs kini kembali menjadi trend dan sebenarnya ia antara cara paling mudah untuk memberi perubahan pada penampilan tanpa perlu memotong rambut terlalu banyak.
Wispy bangs memberikan sentuhan youthful, manis dan sedikit playful, tetapi masih nampak chic dan modern.
Sebab itu, ramai selebriti dan beauty gurlies kini memilih gaya ini kerana ia memberi frame yang cantik pada wajah tanpa nampak terlalu berat.
GBC Lulus Trend Viral ‘Skin Cycling’ – Guna Retinol Tanpa Rosakkan Skin Barrier
Retinol selalu jadi perbualan hangat dalam dunia skincare, masih ramai yang takut nak guna sebab risau kulit jadi merah, kering atau flaky. Sebenarnya, retinol boleh jadi bestie kulit kalau digunakan dengan cara betul.
Kalau anda masih ragu untuk mencuba retinol, apa kata mulakan dengan langkah mudah di bawah. Cara ini membantu anda memperkenalkan retinol kepada kulit secara perlahan tanpa menjejaskan skin barrier.
GBC Eksklusif Bersama Vanessa Kirby x Lancôme
Apabila Lancôme memilih seorang duta global, ia bukan sekadar soal wajah yang cantik. Ia tentang karakter, cerita dan bagaimana seseorang itu membawa keyakinan dirinya. Kali ini, jenama kecantikan ikonik itu memperkenalkan Vanessa Kirby sebagai Global Ambassador terbaharu dan pilihan ini boleh dikatakan sangat selari dengan semangat Lancôme.
Vanessa bukan sekadar wajah cantik di layar. Dari Princess Margaret dalam The Crown ke lakonan penuh emosi dalam Pieces of a Woman, dia bawa setiap watak dengan intensity yang buat kita rasa ikut naik turun emosinya.
GBC Lulus: 5 Produk Beauty Yang Kita Semua Akan Obses Musim Ini
Okay girls, can we agree that 2026 is the year kita stop main hentam dalam rutin kecantikan? This season is all about refined glow, smarter skincare and products that actually do the work. No more packaging cantik sahaja, but instead we want results.