GBC Sokong Kempen Terbaru Drunk Elephant — “Please Enjoy Responsibly”
Skincare sekarang bukan lagi sekadar ikut trend. Ia tentang pilihan yang bijak, konsisten dan sesuai dengan keperluan kulit sendiri. Sebab itu kami tertarik dengan langkah terbaharu Drunk Elephant yang memperkenalkan arah tuju jenama yang lebih evolve menerusi kempen “Please Enjoy Responsibly”.
Dilancarkan di New York pada Januari 2026, kempen ini membawa mesej yang cukup jelas: skincare works better when done with intention. Dalam erti kata lain, bukan semua bahan aktif perlu disapu serentak dan bukan semua rutin sesuai untuk semua orang. Drunk Elephant mahu pengguna moisturize, brighten, glow, exfoliate dan hydrate secara bertanggungjawab.
Sebagai jenama yang terkenal dengan pendekatan “skin-first”, Drunk Elephant kekal dengan prinsip formulasi tanpa bahan yang boleh menjadi punca masalah kulit biasa atau mengganggu keberkesanan produk lain. Fokus mereka? Tahap bahan aktif yang efektif dan disokong sains untuk hasil yang benar-benar boleh dilihat dan bukan sekadar janji pemasaran.
Dua Lipa Pilih LIBRE BERRY CRUSH Sebagai Lambang Kebebasan Baharu
Kalau ada satu perkara tentang wanita LIBRE, mereka tak pernah buat perkara biasa-biasa. Mereka berani, spontan dan tahu apa yang dimahukan. Dan kali ini, kebebasan itu hadir dalam bentuk paling juicy menerusi LIBRE BERRY CRUSH Eau de Parfum daripada YSL Beauty.
GBC Dedah Woots Skin Oleh Ramona ZamZam Produk Pembersih Mekap Terbaik!
Kalau wajah bersih, mekap tanggal barulah puas, barulah kulit bebas kotoran! Ramona ZamZam dedah Woots Skin adalah rahsia kulitnya kembali pulih dan sihat.
GBC bertemu pelakon cantik Ramona ZamZam baru-baru ini ketika di sebuah acara kecantikan. Katanya, dia kini mempunyai produk penjagaan kulit yang fokus utama pembersihan kulit. Adakah anda team pembersih wajah miceller water, gel atau foam cleanser atau oil cleanser?
1. Pembersihan adalah langkah yang sangat asas dalam penjagaan kulit. Apakah yang membezakan pendekatan Woots Skin berbanding produk-produk lain di pasaran?
Woots Skin bukan sekadar tentang membersihkan wajah, tetapi kami juga tentang mendidik. Di Woots Skin, kami mengutamakan double cleansing kerana kulit yang bersih adalah asas kepada kesihatan kulit. Memandangkan penggunaan mekap sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian hampir semua orang, kami ingin menggalakkan semua orang untuk menjaga kulit mereka bermula dari langkah yang paling pertama pembersihan. Berbeza dengan banyak jenama yang tidak mengambil kira akan produk double cleansing mereka, Woots Skin memastikan bahawa walaupun formula basuh-bilas kami dipenuhi dengan bahan-bahan yang sangat berkhasiat. Kami juga bebas daripada SLS & paraben. Dan selain keberkesanan, kami komited untuk mencipta produk pembersih yang terasa menyeronokkan dan bergaya bukan sekadar pembersih makeup yang biasa dan membosankan.
2. Sebagai seseorang yang telah lama berada di hadapan kamera, bagaimana pemahaman anda tentang penjagaan kulit telah berkembang dari zaman hiburan anda hingga kini menguruskan jenama kecantikan anda sendiri?
Membesar di hadapan kamera, bermula pada usia 13 tahun, di mana kulit saya sentiasa diuji di bawah lampu, mekap, dan waktu kerja yang panjang. Sepanjang dua dekad yang lalu, saya mengalami pelbagai jenis kulit dan belajar secara langsung apa yang berkesan, apa yang merengsakan, dan apa yang benar-benar menyembuhkan. Perjalanan itu membentuk pemahaman saya tentang penjagaan kulit bukan sekadar penyelesaian cepat, tetapi sebagai asas kepada keyakinan diri dan kesihatan. Mencipta Woots Skin adalah kesinambungan semula jadi daripada pengalaman itu: sebuah jenama yang dibina atas bahan-bahan berkhasiat, ritual yang penuh niat, dan kepercayaan bahawa pembersihan adalah langkah pertama dalam merawat diri sendiri. Semuanya berdasarkan pengalaman peribadi saya.
