Tip Solekan Radiant Hanya Menggunakan 5 Produk N°1 DE CHANEL Bersama Shiyo Joo
Jurusolek selebriti terkenal, Shiyo Joo sering menjadi pilihan selebriti, sosialit terkenal Malaysia. Solekan natural dan radiant sudah menjadi signature buat dirinya. GBC tidak melepaskan peluang untuk mengetahui tip terbaik solekan 15 minit dan apakah 5 produk N°1 DE CHANEL
Baru-baru ini, GLAM menerima undangan untuk hadir ke acara pelancaran N°1 DE CHANEL di Phuket, Thailand. Kebetulan, jurusolek selebriti Shiyo Joo turut hadir ke acara yang sama. Lantas, saya mengajukan beberapa soalan mengenai bagaimana dia menyolek wajah kliennya yang seperti no makeup-makeup look tetapi kulit tampak bersinar sihat! Jelasnya, dia ada beberapa teknik yang mudah boleh diikuti.
Cukup sempurna buat ahli GBC untuk mengetahui rahsia solekan Shiyo! Shiyo turut pesan tidak perlulah anda membeli produk baharu semata-mata untuk mengikuti tip solekannya, cukup sekadar apa ada di meja solekan anda sahaja!
Shiyo Joo memilih 5 produk penjagaan wajah dan badan dari rangkaian eksklusif N°1 DE CHANEL seperti Revitalizing Serum, Lip and Cheek Balm, Revitalizing Eye Cream, Revitalizing Serum-In Mist dan Revitalizing Fragrance Mist. Setiap satu produk ini boleh dijadikan sebagai booster untuk solekan bersinar dan kekal lama sepanjang hari.
TIP SOLEKAN SHIYO JOO PALING MUDAH UNTUK GLAM BEAUTY CLUB:
Gabungkan Revitalizing Serum dengan bedak asas
Jimat masa! Anda pasti pernah melihat atau mengikuti perkembangan barangan kosmetik semasa yang menggabungkan dua fungsi dalam satu produk. N°1 DE CHANEL Revitalizing Serum ini bukan sahaja melembapkan kulit wajah malah punya fungsi keanjalan. Gabungan dua tekstur ini membantu kulit bernafas dan kekal kesegaran.
Concealer Digabungkan Bersama Revitalizing Eye Cream
Langkah penjagaan wajah selepas serum adalah bahagian mata. N°1 DE CHANEL Revitalizing Eye Cream punya tekstur yang ringan dan sesuai digabungkan bersama krim concealer atau stik. Biar terlindung pada bahagian bawah mata.
Multi-fungsi N°1 DE CHANEL Lip and Cheek Balm
Kegemaran saya! Mudah dan cepat untuk wajah kelihatan bersinar dan tidak pucat! Seperti kegunaan balm yang kebiasaan, tip Shiyo anda boleh sapu pada bahagian tulang pipi, soket mata dan bibir. Warnanya yang semula jadi sesuai untuk semua jenis kulit. Jika anda rasa tidak cukup warnanya, hanya sapukan berkali-kali mengikut kesesuaian.
Pilihan Shiyo Joo N°1 DE CHANEL Revitalizing Serum-In Mist
Produk paling dikehendaki masa kini! Sudahlah serum, lepas itu dalam tekstur dan penggunaan ‘Mist’! Kegunaannya buat kulit wajah kekal hidrasi dan bersinar. Kulit kering anda tidak lagi kelihatan. Boleh digunakan sebelum rutin solekan atau selepas solekan.
Sempurnakan Bersama Revitalizing Fragrance Mist
Terlalu halus semburan wangian sehingga ia sesuai digunakan di sekitar wajah, leher, rambut dan keseluruhan badan. Setelah selesai wajah disolek, lengkapkan bersama Revitalizing Fragrance Mist yang juga merupakan pilihan Shiyo Joo.
Pautan berkaitan Pilihan Editor GBC : Pemerah Pipi 3 Warna Naikkan Seri Wajah