GBC & Gucci Beauty Raikan Kreativiti Komuniti Kecantikan Moden
GLAM Beauty Club bersama Gucci Beauty telah berkolaborasi dengan 10 ahli terpilih untuk menghasilkan siri kandungan kreatif yang meraikan ekspresi diri dan perspektif kecantikan moden.
Retinol VS Bakuchiol? Mana Satu Lebih Sesuai Untuk Kulit Anda?
Dari serum hingga moisturizer, retinol dan bakuchiol sering muncul dalam formula yang menjanjikan kulit lebih sihat dan glowing. Tetapi walaupun nampak sama, cara kedua dua bahan ini berfungsi sebenarnya sangat berbeza.
GBC Eksklusif: Peter Philips Mentafsir Keindahan Provence untuk Dior
Musim panas sentiasa menjadi sumber inspirasi paling romantik buat Dior. Tahun ini, maison tersebut membawa imaginasi kecantikan ke La Colle Noire.
GBC Dedah Zoe Saldaña & Demi Moore Sebagai Wajah Global Baharu Lancôme
Dalam langkah terbaharu yang mengukuhkan definisi kecantikan moden, Lancôme mengumumkan penyertaan Zoe Saldaña dan Demi Moore sebagai ahli terkini dalam Collective of Global Ambassadors.
GBC Bongkar Produk Solekan Emily Blunt & Jasmine Tookes di Met Gala 2026
Malam Met Gala 2026 di New York sekali lagi menjadi pentas di mana kecantikan dan fesyen bertemu sebagai satu bentuk seni.
Editor GBC Cuba Bahan Tretinoin Untuk Cegah Jerawat, Ternyata Berhasil!
Kalau anda seorang skincare enthusiast, Tretinoin pasti anda tahu kewujudannya! Ia adalah bahan yang para dermatologi gelar sebagai gold standard penanda aras tertinggi dalam dunia rawatan kulit.
Tapi sebelum anda tergesa-gesa mencarinya di farmasi, ada satu perkara penting yang perlu anda tahu: tretinoin hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor. Jadi, adakah ia benar-benar berbaloi dengan semua prosesnya? Editor GBC Cuba dan ternyata berbaloi!
Apa Sebenarnya Tretinoin Itu?
Tretinoin bahan generik di sebalik nama jenama Retin-A adalah retinoid kekuatan preskripsi yang digunakan secara topikal untuk merawat jerawat dan tanda-tanda penuaan. Dermatologi Estee Williams dari New York menjelaskan bahawa retinoid adalah istilah umum untuk pelbagai bentuk vitamin A, dengan tretinoin dan retinol sebagai dua contohnya. Setiap satu berbeza dari segi struktur kimia dan reseptor sel yang diikat justeru kesan dan kesan sampingannya juga berbeza.
Ringkasnya, tretinoin adalah versi yang jauh lebih poten berbanding retinol yang biasa dijual bebas. Malah, ia dianggarkan kira-kira 20 kali lebih kuat daripada retinol biasa angka yang cukup untuk menjelaskan mengapa ia memerlukan preskripsi.
Ingat ya Tretinoin tidak sesuai untuk wanita hamil, wanita menyusukan anak dan kulit rosacea. Sewaktu memakainya, elak guna bersama Benzoyl peroxide, Glycolic Acid dan Astringen
GBC Lulus 5 Wangian Tahan Lama Cuaca Panas
Memilih wangian tahan lama terutama di musim panas idaman setiap wanita! GBC Lulus 5 wangian terbaik 2026, tahan lama dan yang penting baunya tidak hilang serta-merta!
5 Produk Kecantikan Pilihan Editor GBC Bulan April
Bulan April tampil dengan deretan pelancaran produk kecantikan yang bukan sahaja menarik perhatian, tetapi mengubah rutin harian menjadi lebih mewah dan menyeronokkan.
Whitening VS Brightening? Bunyi Sama Tapi Fungsi Lain, GBC Dedah Produk Terbaik
Pasti anda keliru memilih produk berlabel whitening atau brightening! Bunyi hampir sama, hasil pun sama tetapi tahukah anda ia adalah berbeza dari segi fungsi? GBC Dedah pilihan terbaik
Kita semua pernah berdiri di hadapan rak skincare, mata melilau antara dua produk satu berlabel whitening, satu lagi brightening dan rasa keliru yang sama melanda. Bunyinya hampir serupa, hasilnya nampak sama, tapi hakikatnya? Kedua-duanya adalah dua perkara yang sangat berbeza. Dan silap pilih? Boleh jadi kulit anda yang tanggung akibatnya.
Jadi sebelum anda tambah lagi satu produk ke dalam troli, baca dulu ini:
Brightening: Untuk Kulit Bercahaya, Bukan Bertukar Warna
Mari kita mulakan dengan yang lebih mesra kulit. Brightening bukan tentang menukar warna kulit anda ia tentang mengembalikan cahaya semula jadi yang dah lama hilang akibat tekanan, pencemaran, dan sinaran UV yang kejam setiap hari.
Editor GBC Pilih 5 Produk Hourglass Terbaik Untuk Tan Skin
Kulit tan mempunyai pesona tersendiri dengan tona hangat yang semula jadi, dan pemilihan produk yang tepat mampu menyerlahkan lagi pesonanya.