Mandi Onsen: Pengalaman Mewah Bersama GBC Love Wellness
?>

GBC Love Wellness: Mandi Onsen & Terapi Urutan Mewah di Urban Retreat Onsen Spa

Dalam kesibukan rutin harian, tubuh dan minda sering terlepas peluang untuk benar-benar berehat. Menyedari keperluan ini, GBC kembali dengan sesi kedua ‘love wellness’ di Urban Retreat Onsen Spa, Sunway 163 Mall minggu lalu. Acara eksklusif ini memberi peluang ahli GBC menikmati pengalaman mandi onsen sambil dimanjakan dengan rawatan spa yang dirancang khusus demi kesejahteraan diri.

Sejurus melangkah masuk, tetamu disambut dengan suasana ala spa Jepun yang mendamaikan dengan pencahayaan lembut, haruman aromaterapi yang menenangkan dan alunan muzik halus yang seakan membawa mereka jauh dari kesibukan kota. Suasana itu menjadi permulaan sempurna untuk para peserta menekan butang “pause” dan menyerahkan diri kepada pengalaman istimewa yang menanti.

Namun, acara ini bukan sekadar santai semata-mata. Ia turut mengingatkan bahawa self-care perlu menjadi amalan konsisten. Bagi sesi kali ini, setiap peserta diberi peluang merasai gabungan rawatan spa menyeluruh selama 60 minit yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing.

You need to be logged in to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Farhana Fuad ialah Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.