Dari GBC Love Wellness, CHANEL, ARMANI beauty hinggalah ke AESOP: Inilah Momen Terbaik Sepanjang 2025 - Glam Beauty Club
?>

Dari GBC Love Wellness, CHANEL, ARMANI beauty hinggalah ke AESOP: Inilah Momen Terbaik Sepanjang 2025

Hari ini, hari terakhir 2025! Banyak momen manis,pahit bersama GLAM Beauty Club! Buat anda yang setia bersama GBC, nantikan agenda menarik 2026!

Tahun 2025, penanda GLAM Beauty Club harus berada di satu tahap pencapaian baharu. Sejak diperkenalkan secara umum pada tahun 2023, sehingga ke hari ini GBC sudah berjaya mengumpul ahli seramai 800. Dan ini adalah  satu angka yang cukup membanggakan! GLAM Beauty Club bukanlah sekadar platform kecantikan secara maya, tetapi ia satu komuniti cantik yang menggabungkan beauty enthusiast di bawah satu platform.

gbc

Sepanjang 2025, buat kali pertamanya GBC berkolaborasi bersama CHANEL Beauty untuk sesi eksklusif dengan hanya 25 ahli sahaja terpilih untuk mengikuti ke sesi ini di mana mereka ditunjukkan cara khas untuk mengenali setiap aroma mewah CHANEL. Sempena kedatangan musim Hari Raya, GBC sekali berganding bersama Armani beauty untuk sesi masterclass solekan bersama jurusolek selebriti terkenal, Ahma Dani yang menunjukkan cara solekan Armani sempena Raya.

Apa lagi untuk ahli GBC? Buat kali pertama team editorial memperkenalkan sesi Wellness khas untuk ahli GBC yang sentiasa setia bersama kami! Sentiasa hadir tanda sokongan kepada GBC. Pada bulan Julai,Ogos dan September GBC memperkenalkan satu siri iaitu GBC LOVE WELLNESS 2025. Melalui siri acara eksklusif, GLAM Beauty Club menampilkan pengalaman menyeluruh yang menggabungkan elemen relaksasi, kecantikan dan kesejahteraan dalaman bagi wanita masa kini.

 

Artikel berkaitan Recap GBC Love Wellness: 6 Pengalaman Self-Care Yang Mengubah Cara Wanita Menyayangi Diri

Sepanjang enam siri acara ini, GBC Love Wellness membawa para peserta menyelami pelbagai bentuk rawatan dan aktiviti kesejahteraan daripada terapi bunyi, mandi onsen, senaman air, hingga pengalaman ice bath. Setiap sesi bukan sahaja menawarkan relaksasi, tetapi juga peluang untuk menyambung semula hubungan dengan diri sendiri dan komuniti wanita lain. Antara kata-kata yang sempat GBC tangkap layar, “Inilah sesi SoundBath pertama yang saya hadir dan ia benar-benar buat saya relaks dan tenang,” komen dari salah seorang ahli GBC. “Saya takut untuk cuba Rise & Plunge terutama Ice Bath! Siapa sangka di GBC LOVE WELLNES, saya cabar diri untuk cuba, IYA saya berjaya tanpa segan-silu!” Semoga 2026, lebih banyak cerita eksklusif atau siri lebih menarik berbanding 2025 menanti anda! Jangan lupa untuk terus sign in dan baca artikel-artikel eksklusif GLAM Beauty Club!

armani

Selamat Tahun Baru GLAM Beauty Club!

 

 

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan