GBC Beauty Radar Archives - Glam Beauty Club
?>

Butik eksklusif terbaharu jenama ikonik Korea ini menjanjikan pengalaman kecantikan yang tiada tandingan. GBC cuba Edisi Terhad  Lip Sleeping Mask Swirl  menggabungkan inovasi hidrasi di butik terkini Laneige di The Exchange TRX. Kuala Lumpur menyaksikan detik glamor apabila LANEIGE Malaysia, jenama kecantikan global di bawah naungan Amorepacific, melancarkan butik eksklusifnya di The Exchange TRX Mall pada 26 November 2025. Acara pembukaan rasmi yang dihadiri oleh media dan tetamu istimewa ini menandakan babak baharu dalam dunia penjagaan kulit mewah di Malaysia. I diraikan dengan serba eksklusif dan diketuai oleh pasukan kepimpinan LANEIGE bersama eksekutif Lendlease. Butik baharu ini bukan sekadar ruang runcit, ia adalah destinasi yang mempersembahkan falsafah jenama "OPEN TO WONDER", mencipta persekitaran yang memukau di mana pengunjung dapat menerokai dan merasai sendiri produk-produk inovatif LANEIGE. Laneige

Kuala Lumpur dikejutkan dengan kehadiran aktor terkenal Thailand, Apo Nattawin! GBC bertemu dengannya di House of Creed. Katanya, inilah wangian yang buat dia jatuh cinta. Pavilion Kuala Lumpur menjadi tumpuan penggemar fesyen dan wangian mewah apabila House of Creed melancarkan butik eksklusif pertamanya di Malaysia dengan kehadiran istimewa pelakon Thailand yang terkenal di peringkat antarabangsa, Apo Nattawin Wattanagitiphat. Apo Nattawin, yang terkenal dengan peranannya dalam siri drama popular KinnPorsche dan filem Man Suang, membawa aura glamor dan keanggunan ke acara berkenaan. Pelakon berusia 31 tahun ini dilahirkan pada 24 Februari 1994 Bertemu Erwin Creed, Pewaris Generasi Ketujuh

Secara eksklusif, GBC tanya Apo Nattawin Mengenai Wangian Yang Buat Wanita Jatuh Cinta Dengannya…

apo

Rahsia untuk kelihatan cantik sepanjang hari adalah dengan rutin penjagaan kulit yang baik sebelum tidur. Ramai memandang rendah terhadap kepentingannya dan kesal akan kesan buruk pada wajah di kemudian hari. GBC Dedah Ini Dilakukan Oleh Ameera Khan! Walaupun penjagaan kulit pada waktu malam amat penting kerana waktu malam adalah waktu yang paling sesuai untuk regenerasi kulit iaitu proses menggantikan sel kulit mati dengan yang baru. Penjagaan kulit menawarkan pelbagai manfaat yang mana dapat memberi kebaikan kepada kulit yakni ia dapat melindungi kulit anda kepada menjadikannya lebih berseri. Berikut beberapa tip penjagaan muka sebelum tidur yang perlu anda amalkan dengan kerap jika mahu melihat perbezaannya!

Tip Penjagaan Wajah Ameera Khan Sebelum Tidur Untuk Ahli GBC Amalkan

Mewah! Itulah momen pertama kala melangkah ke ruang eksklusif Spa De La Mer yang terletak Suria KLCC, Malaysia. Editor GBC dijemput untuk reviu sesi rawatan wajah secara eksklusif dan menjadi individu pertama mencuba rawatan mewah yang ditawarkan di Spa De La Mer. Suasana yang menenangkan segera menyambut. Pencahayaan lembut, tekstur mengalir seperti ombak, dan suasana di Spa de La Mer yang mengajak kepada ketenangan dan pemulihan mencipta ruang pelarian multisensori di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur. Pembukaan spa ini menandakan detik penting bagi jenama La Mer di Malaysia, di mana inovasi penjagaan kulit bertemu dengan kemewahan sensori melalui tenaga penyembuhan dari laut. Spa baharu ini adalah testimoni kepada warisan La Mer, menawarkan tetamu ruang di mana sains dan kemewahan sensori bertemu dalam harmoni yang sempurna. La Mer KLCC