GBC Dedah: Kenapa Kita Sering Membeli Lipstick Dengan Warna Yang Sama?
Pernah tak anda pulang dengan lipstick baharu, membukanya di rumah dan tiba-tiba sedar bahawa warnanya hampir sama dengan tiga atau empat gincu yang sudah sedia ada?
Alchemist Haruman Yang Membawa Nusantara Ke Dunia
Kemewahan hari ini tidak lagi bergantung pada warisan Eropah semata-mata. Dalam dunia wangian, pengguna semakin mencari identiti, cerita dan rasa keterikatan terhadap sesuatu tempat. Di tengah perubahan ini, Alchemist muncul sebagai antara nama yang membawa naratif Nusantara ke pentas antarabangsa.
GBC Dedah Suzy Kini Duta Terbaru Anua
Dunia K beauty kini menyaksikan satu lagi kolaborasi yang pasti mencuri perhatian apabila Anua secara rasmi mengumumkan Suzy sebagai duta terbaharu jenama tersebut. Pelantikan ini hadir bersama kempen global baharu bertemakan “Dew on, Glow on”.
Terapi ala Korea untuk Tubuh, Minda dan Rambut di KANTIK by GOYO
Melangkah masuk ke KANTIK by GOYO seolah-olah meninggalkan kesibukan kota seketika. Suasana tenang, cahaya lembut dan haruman aroma terapi segera menenangkan minda, menandakan bahawa sesi ini lebih daripada sekadar rawatan, ia adalah sebuah pengalaman menyeluruh untuk tubuh dan jiwa.
GBC & Gucci Beauty Raikan Kreativiti Komuniti Kecantikan Moden
GLAM Beauty Club bersama Gucci Beauty telah berkolaborasi dengan 10 ahli terpilih untuk menghasilkan siri kandungan kreatif yang meraikan ekspresi diri dan perspektif kecantikan moden.
Retinol VS Bakuchiol? Mana Satu Lebih Sesuai Untuk Kulit Anda?
Dari serum hingga moisturizer, retinol dan bakuchiol sering muncul dalam formula yang menjanjikan kulit lebih sihat dan glowing. Tetapi walaupun nampak sama, cara kedua dua bahan ini berfungsi sebenarnya sangat berbeza.
GBC Eksklusif: Peter Philips Mentafsir Keindahan Provence untuk Dior
Musim panas sentiasa menjadi sumber inspirasi paling romantik buat Dior. Tahun ini, maison tersebut membawa imaginasi kecantikan ke La Colle Noire.
GBC Dedah Zoe Saldaña & Demi Moore Sebagai Wajah Global Baharu Lancôme
Dalam langkah terbaharu yang mengukuhkan definisi kecantikan moden, Lancôme mengumumkan penyertaan Zoe Saldaña dan Demi Moore sebagai ahli terkini dalam Collective of Global Ambassadors.
GBC Bongkar Produk Solekan Emily Blunt & Jasmine Tookes di Met Gala 2026
Malam Met Gala 2026 di New York sekali lagi menjadi pentas di mana kecantikan dan fesyen bertemu sebagai satu bentuk seni.
Editor GBC Cuba Bahan Tretinoin Untuk Cegah Jerawat, Ternyata Berhasil!
Kalau anda seorang skincare enthusiast, Tretinoin pasti anda tahu kewujudannya! Ia adalah bahan yang para dermatologi gelar sebagai gold standard penanda aras tertinggi dalam dunia rawatan kulit.
Tapi sebelum anda tergesa-gesa mencarinya di farmasi, ada satu perkara penting yang perlu anda tahu: tretinoin hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor. Jadi, adakah ia benar-benar berbaloi dengan semua prosesnya? Editor GBC Cuba dan ternyata berbaloi!
Apa Sebenarnya Tretinoin Itu?
Tretinoin bahan generik di sebalik nama jenama Retin-A adalah retinoid kekuatan preskripsi yang digunakan secara topikal untuk merawat jerawat dan tanda-tanda penuaan. Dermatologi Estee Williams dari New York menjelaskan bahawa retinoid adalah istilah umum untuk pelbagai bentuk vitamin A, dengan tretinoin dan retinol sebagai dua contohnya. Setiap satu berbeza dari segi struktur kimia dan reseptor sel yang diikat justeru kesan dan kesan sampingannya juga berbeza.
Ringkasnya, tretinoin adalah versi yang jauh lebih poten berbanding retinol yang biasa dijual bebas. Malah, ia dianggarkan kira-kira 20 kali lebih kuat daripada retinol biasa angka yang cukup untuk menjelaskan mengapa ia memerlukan preskripsi.
Ingat ya Tretinoin tidak sesuai untuk wanita hamil, wanita menyusukan anak dan kulit rosacea. Sewaktu memakainya, elak guna bersama Benzoyl peroxide, Glycolic Acid dan Astringen