GBC Lulus Mochi Skin Trend Yang Kini Viral di TikTok!
Kulit lembut, kenyal dan gebu seperti kek beras Jepun? Inilah rahsia di sebalik trend mochi skin yang kini menjadi kegilaan di TikTok! Dunia kecantikan tidak pernah berhenti mengagumkan kita dengan pelbagai trend penjagaan kulit yang inovatif.
GBC Cuba Lip Sleeping Mask Edisi Terhad Laneige Di The Exchange TRX
Butik eksklusif terbaharu jenama ikonik Korea ini menjanjikan pengalaman kecantikan yang tiada tandingan. GBC cuba Edisi Terhad Lip Sleeping Mask Swirl menggabungkan inovasi hidrasi di butik terkini Laneige di The Exchange TRX.
Kuala Lumpur menyaksikan detik glamor apabila LANEIGE Malaysia, jenama kecantikan global di bawah naungan Amorepacific, melancarkan butik eksklusifnya di The Exchange TRX Mall pada 26 November 2025. Acara pembukaan rasmi yang dihadiri oleh media dan tetamu istimewa ini menandakan babak baharu dalam dunia penjagaan kulit mewah di Malaysia. I diraikan dengan serba eksklusif dan diketuai oleh pasukan kepimpinan LANEIGE bersama eksekutif Lendlease. Butik baharu ini bukan sekadar ruang runcit, ia adalah destinasi yang mempersembahkan falsafah jenama "OPEN TO WONDER", mencipta persekitaran yang memukau di mana pengunjung dapat menerokai dan merasai sendiri produk-produk inovatif LANEIGE.

GBC Tanya Apo Nattawin Di House of Creed Tentang Wangian Kegemarannya
Kuala Lumpur dikejutkan dengan kehadiran aktor terkenal Thailand, Apo Nattawin! GBC bertemu dengannya di House of Creed. Katanya, inilah wangian yang buat dia jatuh cinta. Pavilion Kuala Lumpur menjadi tumpuan penggemar fesyen dan wangian mewah apabila House of Creed melancarkan butik eksklusif pertamanya di Malaysia dengan kehadiran istimewa pelakon Thailand yang terkenal di peringkat antarabangsa, Apo Nattawin Wattanagitiphat. Apo Nattawin, yang terkenal dengan peranannya dalam siri drama popular KinnPorsche dan filem Man Suang, membawa aura glamor dan keanggunan ke acara berkenaan. Pelakon berusia 31 tahun ini dilahirkan pada 24 Februari 1994 Bertemu Erwin Creed, Pewaris Generasi Ketujuh
Secara eksklusif, GBC tanya Apo Nattawin Mengenai Wangian Yang Buat Wanita Jatuh Cinta Dengannya…
GBC Cuba Tip Solekan Holidaydrama Armani beauty
Armani beauty tampil bersama Holidayrama yang penuh glamor untuk menyemarakkan musim festival dan GBC cuba tip solekan untuk riasan mata memukau dengan sentuhan sinematik yang mempesonakan.
GBC Guest Writer : Trend Estetik Clean Girl Itu Pilihan Saya.. Erin Zamree
GBC Guest Writer bulan ini bersama pensyarah fesyen dan juga jurusolek sambilan, Erin Zamree. Minatnya terhadap dunia kecantikan terutama solekan mempengaruhi personaliti dirinya.
5 Minit Sahaja, Editor GBC Cuba Eyeshadow Stick Untuk Jimatkan Masa Solekan
Eyeshadow stick menawarkan pendekatan transformatif dalam dunia solekan dengan konsep "low-touch, high-effort" yang bermaksud usaha minima untuk hasil maksima.
GBC Guest Writer: Kelas Muay Thai Lebih Baik Berbanding Kelas Kecantikan!
GBC Guest Writer minggu ini bersama ahli GLAM Beauty Club, Fera Ibrahim yang berkongsi cerita mengenai pengalamannya dari wanita biasa kini semakin berani dan gemarkan rutin Wellness. Ikuti kisah menariknya...
Perkongsian cerita dan pengalaman oleh ahli GBC, Fera Ibrahim tentang perjalanan kecantikan dan kesihatan dirinya. "Saya obses dengan perihal kecantikan atau segalanya mengenai cantik, namun sejak kebelakangan ini saya cabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Dan siapa sangka kini saya aktif dalam sukan seni mempertahankan diri, Muay Thai dari hanya 'cuba-cuba' kini menjadi rutin harian."
1. Masalah yang sering dihadapi saya, terutama apabila kulit mula...
Rutin saya sekarang lebih fokus pada kelembapan dan perlindungan. Kerana saya seorang yang aktif berpeluh dan sering berada di outdoor, kulit mula tanpa kering, tidak sekata. Apa yang saya lakukan adalah dengan memilih pembersih wajah lembut, kemudian toner, serum vitamin C, pelembap, dan pelindung matahari. Waktu malam pula, saya buat double cleansing dan sapukan krim malam atau sleeping mask yang menyuburkan kulit. Memang tip, double cleansing ini benar-benar berhasil.
Editor GBC Cuba Minyak Kelapa Untuk Rutin Penjagaan Rambut, Ini Hasilnya
Sebagai seorang yang sentiasa terdedah kepada pelbagai produk penjagaan rambut, saya memutuskan untuk mencuba bahan semula jadi seperti minyak kelapa.
GBC Dedah Rahsia Cantik Syifa Hadju Bukan Sebab Suntikan, Tetapi…
Aktres Indonesia terkenal, Syifa Hadju berkongsi secara jujur tentang transformasi kulitnya kepada GBC kenapa kulitnya terusan glowing, sihat dan sentiasa bersinar saban bulan.
Pelakon cantik Indonesia, Syifa Hadju kini menjadi buah mulut apabila dia dilamar oleh kekasih hatinya, El Rumi. Bukan itu sahaja yang menjadi tumpuan, tetapi rutin kecantikannya juga menjadi tumpuan utama, wanita cantik ini yang juga sangat mementingkan penjagaan kulit wajahnya. GBC dedah apa yang dilakukan oleh Syifa Hadju dan ini anda boleh lakukan.
Artikel berkaitan GBC Lulus: 4 Skin Tint Pilihan Editor GBC
GBC Dedah Rambut Juga Perlukan Night Cream
Selama ini anda ingat hanya wajah perlukan krim malam? Jangan lupa tentang rambut kerana ia juga akan melalui proses penuaan! GBC dedah produk ini dikatakan dapat memulihkan rambut kembali bersinar dalam masa singkat.
Apa itu 'Night Cream' rambut? Produk ini terinspirasi daripada rutin penjagaan wajah malam yang sering kita pratikkan. Konsepnya mudah, kalau kulit wajah boleh dapat rawatan pemulihan semasa kita tidur, kenapa tak rambut juga? Jenama penjagaan rambut mewah, Oribe memperkenalkan Gold Lust Night Crème yang menggunakan teknologi Biomimetic Repair yang bertindak untuk meniru proses peremajaan semula jadi kulit pada waktu malam.