Tutorial Mudah GUA SHA Hilang Puffiness Wajah Bersama Japhet Bong
GBC Beauty Radar secara eksklusif bersama jurusolek selebriti Japhet Bong (KF Bong), tampil menunjukkan cara mudah yang boleh dilakuan di rumah menggunakan Gua Sha.
Apa Itu Gua Sha?
Gua Sha adalah teknik penyembuhan perubatan Tradisional Cina yang telah wujud selama lebih 2,000 tahun dengan sesetengah sejarawan bahkan mengesan amalan ini sejak Zaman Paleolitik, apabila manusia purba menggunakan batu untuk mengurut bahagian tubuh bagi melegakan kesakitan. Gua Sha untuk wajah adalah salah satu cara paling berkesan untuk mengangkat, membentuk, dan mengkontur wajah dengan hasil yang boleh dilihat dengan segera. Apabila diamalkan secara konsisten dan dilakukan dengan betul, ia merangsang peredaran darah yang lebih baik, mengurangkan bengkak, memperkukuh otot muka, serta melembutkan penampilan garis-garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit. Sebagai seorang artis solek, Japhet Bong amat tertarik kepada gua sha sebagai ritual penyediaan kulit sebelum bersolek apabila kulit sudah tirus, kontur dan berseri, solek boleh diaplikasikan dengan lebih licin dan hasilnya kelihatan lebih cantik dan semula jadi.Tip Bong, jika berasa sakit saat proses Gua Sha, buat gerakan mulut seperti blow the candle untuk mengurangkan kesakitan
90’s Blowout Is So Yesterday! GBC Buktikan C-Curl Gigi Hadid Paling ‘It’
Peragawati Gigi Hadid dominasi dengan potongan rambut terkini yang menggabungkan pesona klasik Perancis dengan sentuhan moden yang digelar C-Curl!
Kalau ada seorang wanita yang tahu bagaimana untuk mendefinisikan semula keanggunan dengan cara yang tampak mudah namun tetap memukau, itulah Gigi Hadid. Peragawati berbadan tinggi ini sekali lagi membuktikan bahawa rambutnya adalah mahkota yang paling berharga! Kali ini dia tampil dengan trend C-curl yang terinspirasi dari gaya jalanan Paris, siap dengan potongan segar dan warna blonde berkilauan yang membuatkan ramai terpesona.
GBC Lulus Liptint Terbaik Untuk No Makeup Look
Gucci Beauty sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran Gucci Glow Oil-In-Water Tint, sebuah inovasi bibir yang menggabungkan elemen lip oil, balm dan tint dalam satu formula moden. Hasilnya adalah kemasan berkilau lembap yang tampak segar, ringan dan sangat “lived in”, sesuai untuk gaya no makeup makeup look yang semakin menjadi pilihan harian.
Produk hibrid ini direka untuk memberi keseimbangan antara penjagaan bibir dan warna. Teksturnya unik, terasa lembut seperti balm ketika disapu, tetapi segera berubah menjadi kilauan seperti oil dengan sapuan warna yang natural. Efek akhirnya ialah bibir dengan kemasan dewy yang kelihatan sihat, segar dan tidak berlebihan.
GBC Dedah Rahsia Rawat Rambut Rosak Akibat Chemical Treatment
Chemical treatment seperti bleaching, colouring dan rebonding memang boleh beri transformasi gaya yang wow, tapi pada masa yang sama, rambut sering kering, rapuh dan mudah patah.
Bila dah terkesan, rutin biasa pun rasa macam tak cukup. Jadi, GBC dedahkan 5 produk yang betul‑betul membantu pulihkan rambut rosak, dari akar sampai hujung, supaya rambut kembali sihat, kuat dan berkilau.
GBC Lulus 5 Krim Pelembap Wajah Sesuai untuk Cuaca Panas
Cuaca terik bukan alasan untuk melangkau langkah pelembap. GBC Lulus telah meneliti dan memilih lima krim pelembap ringan yang mampu menjaga kulit tetap lembap dan sihat sepanjang hari tanpa rasa berat atau berminyak di wajah.
Tinggal di Malaysia bermakna kita tidak pernah lari daripada cahaya matahari yang terik dan kelembapan udara yang tinggi. Ramai yang beranggapan bahawa cuaca panas adalah sebab untuk meninggalkan krim pelembap padahal, itulah masa yang paling kita perlukan hidrasi. Kuncinya: pilih formula yang ringan, cepat menyerap, dan tidak menyumbat liang roma.
Editor GBC Cuba Urutan Tradisi Tiga Budaya Di Uroot Spa Chinatown
Editor GBC meluangkan masa untuk mencuba Urutan Malaysia di Uroot Spa, Chinatown dan dapat merasai sendiri bagaimana rawatan urutan profesional ini membantu melegakan tubuh yang letih serta membuatkan badan lebih segar dan relaks.
5 Produk Kegemaran Editor GBC Sepanjang Mac
Mac adalah bulan dimana i tried so many new beauty products and somehow ia jadi staple dalam routine kecantikan saya.
Ini adalah lima produk kegemaran Editor GBC yang benar-benar menonjol. Dari produk makeup hingga skincare berprestasi tinggi, semuanya dipilih berdasarkan satu kriteria: it works and it shows
GBC Love Wellness – Betul Ke Running Elok Untuk Kesihatan Mental?
Kalau tengok sekarang ini ramai orang tengah into fitness thingy terutama sekali running. Bila buka IG story mesti nampak ramai kenalan yang share Strava dan journey running, betul tak? Tapi, betul ke running elok untuk kesihatan mental? atau sekadar hype? Editor GBC cuba sendiri untuk biasakan berlari (kadang-kadang brisk walk) untuk lihat perbezaan pada diri sendiri.
GBC Dedah Rahsia Kulit Glow Dari Dalam, Semuanya Bermula Dengan Diet Mudah
Dalam dunia kecantikan yang penuh dengan serum viral dan rawatan estetik canggih, kita selalu lupa satu benda paling basic iaitu kulit cantik sebenarnya bermula dari apa yang kita makan dan ia sebenarnya boleh dicapai melalui diet mudah yang konsisten.
Deretan superfood di bawah bukan sekadar trend sihat, tetapi rahsia sebenar untuk kulit glowing, tegang dan nampak muda secara semula jadi.