Editor GBC Cuba Spa De La Mer Pertama Di Suria KLCC Malaysia!
Mewah! Itulah momen pertama kala melangkah ke ruang eksklusif Spa De La Mer yang terletak Suria KLCC, Malaysia. Editor GBC dijemput untuk reviu sesi rawatan wajah secara eksklusif dan menjadi individu pertama mencuba rawatan mewah yang ditawarkan di Spa De La Mer.
Suasana yang menenangkan segera menyambut. Pencahayaan lembut, tekstur mengalir seperti ombak, dan suasana di Spa de La Mer yang mengajak kepada ketenangan dan pemulihan mencipta ruang pelarian multisensori di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur. Pembukaan spa ini menandakan detik penting bagi jenama La Mer di Malaysia, di mana inovasi penjagaan kulit bertemu dengan kemewahan sensori melalui tenaga penyembuhan dari laut. Spa baharu ini adalah testimoni kepada warisan La Mer, menawarkan tetamu ruang di mana sains dan kemewahan sensori bertemu dalam harmoni yang sempurna.
You need to be logged in to view the rest of the content. Please Log In. Not a Member? Join Us
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”