GBC Sokong Kempen Terbaru Drunk Elephant — “Please Enjoy Responsibly”
Skincare sekarang bukan lagi sekadar ikut trend. Ia tentang pilihan yang bijak, konsisten dan sesuai dengan keperluan kulit sendiri. Sebab itu kami tertarik dengan langkah terbaharu Drunk Elephant yang memperkenalkan arah tuju jenama yang lebih evolve menerusi kempen “Please Enjoy Responsibly”.
Dilancarkan di New York pada Januari 2026, kempen ini membawa mesej yang cukup jelas: skincare works better when done with intention. Dalam erti kata lain, bukan semua bahan aktif perlu disapu serentak dan bukan semua rutin sesuai untuk semua orang. Drunk Elephant mahu pengguna moisturize, brighten, glow, exfoliate dan hydrate secara bertanggungjawab.
Sebagai jenama yang terkenal dengan pendekatan “skin-first”, Drunk Elephant kekal dengan prinsip formulasi tanpa bahan yang boleh menjadi punca masalah kulit biasa atau mengganggu keberkesanan produk lain. Fokus mereka? Tahap bahan aktif yang efektif dan disokong sains untuk hasil yang benar-benar boleh dilihat dan bukan sekadar janji pemasaran.
GBC Lulus: Rahsia Kecantikan Tahun Baru Cina Dengan Penampilan Mempesona
Tahun Baru Cina adalah masa yang tepat untuk memperbaharui produk kecantikan anda dan perayaan ini dapat membantu anda tampil segar.